Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Fesyen

UNIQLO Perkenal Koleksi 2025 Spring/Summer Bersama COMPTOIR DES COTONNIERS & PRINCESSE tam tam

by Naddy Joe
March 6, 2025
Share on Facebook

Peruncit pakaian global, UNIQLO hari ini mengumumkan pelancaran pada Jumaat, 7 Mac ini, Koleksi UNIQLO dan COMTOIR DES COTONNIERS 2025 Spring/ Summer, kolaborasi bersama jenama kasual yang ditubuhkan di Perancis pada tahun 1995, serta kolaborasi kelima UNIQLO dengan PRINCESSE tam tam, jenama pakaian dalam Perancis yang menggabungkan keselesaan dan rekaan yang cantik.

Koleksi kolaborasi musim ini dengan COMPTOIR DES COTONNIERS bertemakan ‘Casual Essentials’, dan menampilkan helaian yang ringkas dan sofistikated pada campuran linen dengan keselesaan menenangkan dari bahan semula jadi.

Koleksi kolaborasi PRINCESSE tam tam pula mengekalkan pakaian yang santai dan boleh dipakai secara bergaya di luar rumah.

UNIQLO & COMPTOIR DES COTONNIERS

Koleksi musim ini menampilkan palet warna gelap seperti navy dan terracotta yang menyatu dengan material. Knits musim panas yang diperbuat daripada 100% kapas mempunyai tekstur semula jadi dan selesa untuk dipakai.

Dengan knitting style tiga dimensi yang mengingatkan kepada bertih jagung. Seluar barrel dengan bahan linen viskos menggabungkan rasa sejuk dengan lipatan elegan, mempersembahkan siluet melengkung yang cantik untuk gaya yang sofistikated. Jaket yang ‘matching’ tersedia dengan material yang sama, melengkapkan barisan yang membolehkan wanita menikmati gaya tinal seperti blaus linen dan kapas.

UNIQLO & PRINCESSE tam tam

Koleksi loungewear musim ini mencerminkan suasana Provence, di selatan Perancis, dengan corak floral, daun, dan petak Gingham yang membangkitkan kesegaran serta rasa kebebasan seperti sedang bercuti.

Pointelle Knit 100% kapas terasa lebut pada kulit, dengan leher Henley yang memiliki ketelusan untuk menghasilkan garis leher yang cantik. Seluar yang mudah didapati dalam dua jenis, fabrik seersucker yang ringan dan material berlipat, boleh dinikmati sebagai outerwear.

Item terpilih bagi kedua-dua kolaborasi koleksi ini akan mula dijual pada 7 Mac 2025, Jumaat di seluruh butik UNIQLO di Malaysia, dan koleksi penuh boleh didapati di laman web UNIQLO.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
uniqlo 2025 spring/summer
https://lomp.at/l1sv3
Share2Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem