Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Berbuka Puasa Tanpa Isteri Dan Anak, Fattah Amin Akui Hidup Terasa Berbeza

by Puteri Alia
March 6, 2025
17
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon Fattah Amin mengakui bahawa menjalani ibadah puasa sendirian tahun ini selepas berpisah dengan Nur Fazura tahun lalu memberi perasaan yang berbeza. Walaupun terasa kehilangan, Fattah tetap bersyukur kerana masih mempunyai permata hatinya, Nur Fatima Aisya yang kini berusia 4 tahun, serta sokongan penuh dari ibu bapa dan adik-beradik di sisinya. Baginya, meskipun puasa kali ini berlainan, ia tidak menghalang untuk dia terus menjalani ibadah puasa dengan penuh ketenangan bersama keluarga yang masih ada.

Meskipun pertama kali berpuasa tanpa kehadiran Fazura, Fattah menjelaskan bahawa dia sentiasa sibuk dengan kerja, termasuk penglibatannya dalam drama Bidaah yang akan disiarkan di platform Viu. Menurutnya, kesibukan itu sedikit sebanyak membantu mengalihkan perasaannya. “Sejujurnya, terasa perbezaan. Sebelum ini, bangun sahur dan berbuka puasa bersama isteri serta anak.

Namun, saya bersyukur masih ada Fatima dan keluarga. Kami masih dapat jalani ibadah puasa sebagai keluarga harmoni. Mereka menjadi tulang belakang dan kekuatan saya sekarang,” ujar Fattah pada majlis sidang media drama Bidaah yang dihadiri oleh para media.

Walaupun sibuk, Fattah tetap berusaha untuk meluangkan masa bersama anaknya, Fatima, terutama ketika berbuka puasa. “Saya akan cuba mencari masa membawa Fatima berbuka puasa bersama keluarganya. Meskipun anak masih kecil, saya ingin menerapkan mengenai keindahan Ramadan kepada Fatima,” katanya.

Selain itu, Fattah turut berkongsi pandangannya mengenai kehidupan dan takdir. Dia percaya bahawa soal jodoh, ajal, maut, dan rezeki sudah ditentukan oleh Allah. Oleh itu, dia memilih untuk reda dengan takdir hidupnya.

“Jangan persoalkan kenapa hidup ditakdirkan begitu dan begini, saya sentiasa muhasabah diri serta terima takdir dengan tenang. Namun, sebagai manusia biasa, ada masanya saya terbuai dengan perasaan,” katanya. Walaupun melalui saat-saat sukar, Fattah masih belum berhasrat untuk berehat dan terus fokus pada kerjanya serta kehidupan sehariannya.

[VIDEO] Wajah Fatima Persis Adik Perempuan Fattah Amin, Raih Perhatian Netizen!
What’s your Reaction?
+1
1
+1
1
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
fattah amin
https://lomp.at/ytkoj
Share7Tweet4SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem