Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Adam Corrie Lee Terkilan Difitnah Meninggal Dunia-“Fitnah Sebegini Bukan Sahaja Membingungkan…”

by Naddy Joe
March 10, 2025
10
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon, Adam Corrie Lee meluahkan rasa terkilan terhadap laporan palsu sebuah blog yang memuatnaik khabar angin dirinya telah meninggal dunia pada Ahad.

Masih Berada Dalam Keadaan Sihat & Aktif

Adam atau nama penuhnya Adam Corrie Lee Abdullah menerusi hantaran di Instagram turut memuatnaik tangkap layar khabar angin palsu mengenai kematiannya, serta menjelaskan keadaannya yang masih sihat dan aktif seperti biasa.

“Baru-baru ni saya menerima banyak mesej bertanyakan tentang khabar angin yang mengatakan saya telah meninggal dunia.

Alhamdulillah saya masih sihat dan aktif seperti biasa.”-jelas Adam Corrie di Instagram

“Fitnah Sebegini Bukan Sahaja Membingungkan Keluarga & Rakan-Rakan…”

Menitipkan pesanan buat orang ramai untuk menyemak kesahihan sesebuah berita sebelum mempercayai dan menyebarkannya,

Adam Corrie turut meluahkan rasa bimbang terhadap fitnah yang telah menimbulkan rasa bingung ahli keluarga serta rakan-rakannya itu.

“Saya ingin mengingatkan semua agar sentiasa menyemak kesahihan berita sebelum mempercayai atau menyebarkannya.

Fitnah sebegini bukan sahaja membingungkan keluarga dan rakan-rakan saya, malah boleh menimbulkan kebimbangan di kalangan mereka yang mengenali saya.

Doakan saya dan keluarga sentiasa dalam lindungan Allah SWT. Semoga kita semua dijauhkan dari berita palsu dan diberikan ketenangan dalam menghadapi ujian hidup

Terima kasih atas keprihatinan dan kasih sayang anda semua. Semoga Allah memberkati kita semua.”-jelas Adam Corrie lagi

View this post on Instagram

A post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee)

Apa komen anda?

adam corrie lee
https://lomp.at/btwzo
Share4Tweet3SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem