Superstar Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK) pernah mendedahkan momen yang memalukannya dalam filem ‘Kuch Kuch Hota Hai’ iaitu memakai pakaian yang cukup ketat!
Menjadi trend pada ketika itu, pengarah Karan Johar berkongsi sebuah video di mana SRK bercakap mengenai pakaian ketat dalam separuh pertama filem itu.
“Saat yang paling memalukan ialah pakaian yang saya perlu pakai semasa saya bermain sebagai lelaki muda, saya rasa seluar jeans dan baju saya ketat. Saya sepatutnya bermain sebagai pelajar kolej pada masa muda saya. Saya perlu bercakap, berjalan dan ia perkara yang memalukan saya!”

Manakala Karan yang mengenang tentang pembikinan filem ‘Kuch Kuch Hota Hai’ mengatakan fesyen SRK ketika itu dianggap relevan dan telah mencetuskan trend. Karan juga menghargai jasa SRK walaupun dia tidak selesa memakai pakaian tersebut tetapi masih berjaya membawa watak yang sangat hebat.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.