Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Tekanan Darah Cecah 170, Suami Dedah Punca Ifa Raziah Tiba-Tiba Jatuh Pengsan

by Aphit J.
March 23, 2025
44
KONGSIAN
Share on Facebook

Sebelum ini sebuah video tular menunjukkan penyanyi Datuk Ifa Raziah tiba-tiba jatuh pengsan ketika menghadiri acara Starvendors Mega Raya Fest 2025 yang diadakan di KL Base Exhibition Center, Sungai Besi, sekitar jam 1 pagi pada hari Ahad.

Jatuh Pengsan Secara Tiba-Tiba

Kejadian itu berlaku ketika Ifa Raziah sedang bersiap untuk ditemu bual oleh media sejurus selepas majlis pembukaan festival tersebut.

Keadaan menjadi kecoh sebelum pasukan perubatan tiba untuk memberikan bantuan dan membawa Ifa Raziah menggunakan ambulans ke hospital.

Punca pengsan Ifa disebabkan oleh tekanan darahnya yang tidak stabil, menurut pihak perubatan.

Menunjukkan Tanda Tidak Sihat

via TikTok Kak KM

Sebelum kejadian itu, pada sebelah petang, dikatakan Ifa Raziah sudah menunjukkan tanda-tanda tidak sihat.

Dalam sebuah klip yang dikongsikan, Ifa Raziah menjelaskan bahawa meskipun keadaannya tidak begitu baik, dia tetap meneruskan tugasnya sebagai penganjur festival tersebut.

Ramai netizen memberikan doa dan mendoakan kesihatan Ifa Raziah, dengan ada yang menyatakan bahawa penyanyi itu mungkin kurang rehat kerana terlalu sibuk bekerja tanpa henti.

Beberapa komen juga menyatakan bahawa tekanan di tempat ramai dan kekurangan waktu untuk makan boleh menyebabkan sesak nafas dan pitam, terutama pada usia yang semakin meningkat.

Keletihan Melampau

Terbaru menurut Astro Awani, suami dan pengurus Ifa Raziah, Mohd Yani Abdul Rahman menyatakan bahawa kejadian itu dipercayai berpunca daripada keletihan melampau, yang menyebabkan tekanan darah Ifa Raziah meningkat sehingga mencecah 170.

Sebelum insiden itu, Ifa Raziah juga dilaporkan muntah. Kini, Ifa Raziah sedang mendapatkan pemantauan lanjut di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Mohd Yani juga turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan isterinya dan berharap semoga yang baik kembali kepada mereka semua.

What’s your Reaction?
+1
1
+1
0
+1
1
+1
0
+1
1
+1
1
ifa raziah
https://lomp.at/ka2de
Share18Tweet11SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem