Penyanyi dan chef selebriti, Datuk Fazley tampil dengan gaya berbeza apabila diminta oleh anak-anaknya untuk menukar gaya penampilan yang baharu.
Datuk Fazley menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, menyatakan bahawa anak-anaknya menjadi stylist dengan mencadangkan bapa mereka untuk menggayakan seluar yang lebih longgar berbanding skinny jeans yang disifatkan hanya untuk orang tua dan tiada aura.
“Selama ni pakai skinny jeans, tiba-tiba anak-anak request tukar style pulak.
Skinny jeans? No aura. my boys cakap skinny jeans adalah orang tua, jadi mereka gayakan saya hari ini.
Seluar besar?! Apa pendapat anda?.”-kongsi Fazley di Instagram
“Macam Balik Zaman Kolej, Vibe-Vibe Lagu Asmara…”
Perkongsian Fazley mencetuskan pelbagai reaksi netizen terhadap gaya baharunya itu, malah ramai yang memuji chef selebriti ini yang kekal kelihatan muda biarpun usia semakin meningkat.
“Anak-anak kami pun tak suka daddy pakai skinny jeans π.”-Shikin Maembong
“Welcome to the club dato π.”-Fad Bocey
“Tukar balik pakai skinny jeans ππ.”
“Dato ni memang usia je meningkat ke? Tapi muka muda maintain.”
“Super comfortable.”
“Seluar besar kelakar lah dato π.”
“Cool. Ni baru nampak macam bapak-bapak π.”
“For me, macam tak sesuai for you baggy jeans, maybe regular fit better.”
“Macam balik zaman kolej, vibe-vibe lagu Asmara π.”
“Nampak rendah kalau skinny nampak tinggi. Apapun dua-dua style tetap sesuai.”
Apa komen anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.