Friday, July 11, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Jalan-Jalan Destinasi

5 Air Terjun Tersembunyi Di Sabah Yang Wajib Anda Lawati

Khazanah yang wajib dikunjungi oleh pecinta alam.

by Arsiqin Yusof
March 25, 2025
282
KONGSIAN
Share on Facebook

Siapa sangka negeri Sabah yang terkenal dengan Gunung Kinabalu dan pulau-pulau cantiknya, juga mempunyai banyak air terjun indah yang masih tersembunyi dan belum diterokai ramai. Jika anda seorang pencinta alam yang gemar mengembara ke tempat-tempat semula jadi, berikut adalah antara lima air terjun tersembunyi di Sabah yang wajib anda lawati!

1. Air Terjun Langanan (Ranau)

Terletak di Taman Kinabalu, Air Terjun Langanan adalah salah satu air terjun tertinggi di Sabah dengan ketinggian lebih 120 meter. Untuk sampai ke sini, anda perlu melakukan perjalanan sejauh kira-kira 3.2 km melalui laluan hutan yang subur dan dipenuhi flora unik.

Tahap kesukaran bagi perjalanan ke lokasi air terjun ini adalah tahap sederhana, namun akan jadi mencabar jika anda kurang aktif dalam pendakian. Cabaran perjalanan ini akan berbaloi apabila anda melihat keindahan air terjun mengalir dengan lembut di tengah kehijauan hutan yang mampu mendamaikan jiwa. Keindahan air terjun ini amat sesuai bagi penggemar aktiviti fotografi. Anda juga boleh mandi dan berkelah di kawasan sungai kecil yang berada di sekitar lokasi.

2. Air Terjun Tawai (Telupid)

Air Terjun Tawai terletak dalam Hutan Simpan Tawai, kira-kira 30 km dari pekan Telupid. Air terjun ini terkenal dengan keindahan batu-batunya yang unik serta air yang jernih. Anda perlu melalui laluan mendaki sejauh 2 km untuk sampai ke kawasan air terjun utama dan tahap kesukaran perjalanan adalah sederhana namun tidak sesuai untuk kanak-kanak kerana jarak perjalanan yang jauh dan berbahaya.

Tempat ini masih kurang dikunjungi pelancong, menjadikannya lokasi sempurna untuk mereka yang mahu menikmati alam dalam suasana yang tenang. Antara aktiviti yang boleh anda lakukan di lokasi ini termasuklah berkhemah, berenang dan meditasi. Lokasi ini juga menyediakan chalet kepada pelancong yang inginkan suasana bermalam di hutan. Jika anda merancang untuk kesini, disarankan pergi secara berkumpulan untuk menjimatkan kos perjalanan.

[VIDEO] Ojen Sebak, Ujian Datang Bertimpa- "Tolong Doakan , Insya Allah Moga Dapat Diteruskan"

3. Air Terjun Madai (Kunak)

Air Terjun Madai terkenal dalam kalangan penduduk tempatan kerana ia terletak berdekatan dengan Gua Madai yang menjadi tempat pemungutan sarang burung walit. Keindahan air terjun ini terserlah dengan airnya yang mengalir deras dari tebing batu kapur yang tinggi. Air terjun ini juga merupakan habitat pelbagai spesies burung dan serangga eksotik.

Walaupun airnya kelihatan keruh, namun ia bersih dan sejuk. Walaupun begitu, lokasi ini melarang untuk pengunjung melakukan sebarang aktiviti air, sebarang tindakan adalah diatas tanggungjawab sendiri.

4. Air Terjun Kipungit (Ranau)

Air Terjun Kipungit adalah pilihan terbaik jika anda ingin menikmati keindahan air terjun tanpa perlu melalui laluan yang mencabar. Terletak hanya kira-kira 15 minit berjalan kaki dari Poring Hot Spring, air terjun ini dikelilingi oleh hutan hujan tropika yang kaya dengan flora dan fauna.

Dengan ketinggian 12 meter, anda dapat menikmati mandian yang segar dan dingin. Terdapat juga kemudahan awam yang disediakan di sekitar lokasi tersebut.

5. Air Terjun Mahua (Tambunan)

Air Terjun Mahua adalah salah satu air terjun tercantik di Sabah, tetapi masih kurang dikenali oleh pelancong luar. Terletak dalam kawasan Hutan Simpan Crocker Range, air terjun setinggi 17 meter ini mempunyai air yang sangat sejuk dan jernih.

Laluan pendaki juga disediakan bagi memudahkan perjalanan pengunjung. Kawasan sekitar air terjun ini juga sesuai untuk aktiviti berkelah dan fotografi alam.

Jika anda mencari pengalaman alam semula jadi yang unik di Sabah, lima air terjun ini adalah tempat yang mesti dilawati. Setiap lokasi menawarkan keindahan yang berbeza, dari air terjun tinggi di dalam hutan hingga ke air terjun yang mudah diakses oleh pengunjung.

[VIDEO] Ojen Sebak, Ujian Datang Bertimpa- "Tolong Doakan , Insya Allah Moga Dapat Diteruskan"

Walaupun gembira dan teruja, keselamatan juga perlu dijaga bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Jangan lupa membawa kamera dan pakaian sesuai untuk menikmati keindahan alam ini dengan sepenuhnya!

air terjunhutansabah
https://lomp.at/uhpvl
Share113Tweet71SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  2. 2

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    [VIDEO] Berlaku Kasar Terhadap Staf Konsert, Sikap BLACKPINK Jennie Dicemuh Ramai

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem