Monday, June 30, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Viral

[VIDEO] Menari Wadidaw: Cari Rezeki atau Malas?

Menari di media sosial demi mendapatkan wang semakin banyak dilakukan masyarakat kini

by Arsiqin Yusof
March 25, 2025
70
KONGSIAN
Share on Facebook

Dalam era digital kini, pelbagai cara digunakan untuk mencari rezeki, termasuklah dengan membuat kandungan hiburan di media sosial. Salah satu fenomena yang semakin popular ialah tarian viral seperti “Menari Wadidaw” yang sering mendapat perhatian ramai.

Tarian ini terkenal dilakukan oleh negara jiran, Indonesia. Tarian ini dilakukan secara berkumpulan dengan rentak yang tertentu apabila menerima hadiah daripada penonton ketika siaran langsung. Namun, timbul persoalan, adakah tarian ini menjadi usaha mencari rezeki atau sekadar melambangkan kemalasan penari?

“Beras habis, joget solusinya, join live sekarang…”

Menari di media sosial bukan sekadar hobi, malah ia telah menjadi sumber pendapatan bagi ramai individu. Platform seperti TikTok, YouTube dan Instagram menyediakan ruang untuk pencipta kandungan bagi menjana pendapatan melalui tontonan, tajaan dan sumbangan peminat.

Ramai yang berjaya mengubah hobi menari menjadi kerjaya yang menguntungkan. Namun, kejayaan dalam bidang ini bukan semata-mata bergantung kepada nasib tetapi memerlukan kerja keras dan strategi yang baik.

@boss.reno

Demam Wadidaw guys. Boss Reno hadir di Sukabumi mengunjung Kampung Wadidaw yg sedang viral. Makasih atas layanan baik nya @Sadbor Gunawan86 @Tato kurap @Acim mandala @HepiBor86 @juBerHobah @Mojang oy @nrlelafarida26 @Bozes Beungek86 @Anotea @Mehong86 @Anotimsadbor86 @Baraya lembur @iyenghobah @Rohmat Beungek86 @SATRIA #wadidaw #bossreno #bossklan #kamisempoi @Pᴀᴋᴄɪᴋ CʜɪɴSᴡᴇᴇ?光頭爺爺 @Jessyca S.

♬ suara asli – DuoBandoJoget1 – Duo Bando Joget1

Apa yang menjadi hairan adalah sambutan daripada penonton yang mencecah ratusan ribu menjadikan trend ini semakin giat dilakukan. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pandangan masing-masing.

“Banyak masa pula diorang ni takde kerja ke?”

“Pemalas yang sesungguhnya…”

“Cuba tubuhkan persatuan jualan kerepek ke lagi elok darpd wadidaw2 ni”

“Bangun tido joget tiap malam baik masuk club”

“Salah satu sebab Indonesia dipandang rendah”

“Biarkanlah mereka asalkan tak buat benda jahat”

“Biarkan mereka, jangan hina atau keji, setiap orang ada jalan hidup masing2”

Wadidaw Simbol Kemalasan?

Di sebalik kejayaan tarian ini, ada juga netizen yang melihat fenomena ini sebagai tanda kemalasan. Ini kerana sesetengah pencipta kandungan hanya bergantung kepada trend semasa tanpa usaha yang lebih mendalam kepada kandungan yang lebih berkualiti.

Tambahan pula, ada yang berpendapat bahawa fenomena menari viral menggalakkan budaya kerja yang kurang produktif.

Daripada mencari pekerjaan tetap atau meningkatkan kemahiran, sesetengah individu lebih tertarik kepada jalan pintas untuk mendapatkan perhatian dan keuntungan segera.

Bagi mereka yang memandang rendah bidang ini, menari di media sosial mungkin kelihatan seperti usaha mudah tanpa cabaran yang besar. Namun, disebabkan mendapat sokongan daripada penonton, menjadikan trend ini semakin giat dilakukan.

“Kesiannya tengok”

“Tolong sikit lah untuk beli beras”

“Sana susah cari kerja, kena bersaing”

“Dorang ni struggle cari duit, ingat senang ke dapat kerja kat sana”

“Kesiannya tengok pakcik tu”

Menari Wadidaw boleh menjadi sumber rezeki atau sekadar aktiviti santai. Ia bergantung kepada niat dan usaha individu yang melakukannya. Sebagai masyarakat, kita perlu menghargai kepelbagaian cara mencari rezeki dalam dunia moden.

Yang penting adalah sikap dan usaha seseorang dalam menjadikan sesuatu bidang itu sebagai sumber pendapatan yang stabil dan beretika. Kita tidak boleh mudah menghukum tanpa merasai kehidupan yang dilalui oleh seseorang individu.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
[VIDEO] Gelagat Leona & Azhar Sulaiman Menari 'Wadidaw' Raih Perhatian Netizen!
IndonesiamenaritiktokWadidaw
https://lomp.at/rth77
Share28Tweet18SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem