Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

[VIDEO] Khairul Aming Belanja Staf Barang Raya, Netizen & Rakan Selebriti ‘Cemburu’!-“Padanlah Sales Berjuta-Juta..”

by Naddy Joe
March 25, 2025
19
KONGSIAN
Share on Facebook

Pempengaruh media sosial dan usahawan terkenal, Khairul Aming mencuri perhatian netizen selepas berkongsi video meraikan para pekerjanya untuk membeli persiapan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Khairul Aming menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, menceritakan bahawa mereka ‘tutup kilang’ selama satu hari untuk meraikan kesemua pekerjanya untuk membuat persiapan Hari Raya termasuklah membeli baju raya serta barangan dapur selain diberikan duit raya dan berbuka puasa bersama di sebuah hotel.

“Semalam kita tutup kilang untuk meraikan staff KA di bulan puasa ni. Kita bawa semua staff shopping baju raya, shopping barang dapur untuk preparation raya dengan family.

Bagi duit raya dan juga berbuka puasa kat hotel. Syukur dan happy dapat teruskan tradisi ni tahun demi tahun.”-kongsi Khairul Aming di Instagram

View this post on Instagram

A post shared by Khairul Amin Kamarulzaman (@khairulaming)

“Cita-Cita Aku Nak Kerja Kat Kilang Khairul Aming…”

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa ‘cemburu’ dengan staf KA yang mempunyai majikan yang sangat menyantuni para pekerjanya, malah rakan selebriti turut berseloroh mahu memohon kerja bersama pempengaruh media sosial terkenal ini.

“The best CEO i’ve ever known. Contoh terbaik! Betul-betul idola.”-Andy Teh

“MasyaAllah bertambah melimpahlah rezeki kami KA aaminn. Ada kerja kosong tak hehehe.”-Didie Alias

“Cita-cita aku dah bukan cikgu doktor engineer, sekarang cita-cita aku nak kerja kat kilang Khairul Aming.”

“Tolongla sorang je resign. Aku nak replace. Tolong laa rehat, sorang jee.”

“Ini baru betul flex okay! Bukan ada jam jacob, ada kereta g wagon, ada beg birkins, ada baju chanel. Flex dia penuhkan poket orang. Dia collect doa dari collect like netizen.”

“Real flex kaya dunia akhirat.”

Terasa mahu bekerja di kilang Khairul Aming juga, apa komen anda?

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
[VIDEO] “Apalah Masalah Batch Tahun Ni eh,”- Khairul Aming
Khairul Aming
https://lomp.at/p71p3
Share8Tweet5SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem