Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Jalan-Jalan Destinasi

AirAsia Rai Penerbangan Tambang Tetap Hari Raya Dengan Muatan Penuh

by Aphit J.
March 29, 2025
22
KONGSIAN
Share on Facebook

AirAsia meraikan penerbangan tambang tetap pertamanya bagi musim perayaan Hari Raya dengan muatan penuh sebanyak 100 peratus.

Diraikan Di KLIA T2

Semua 186 tetamu dalam penerbangan AirAsia AK5648 ke Miri, Sarawak diraikan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA T2) oleh YB Anthony Loke Siew Fook, Menteri Pengangkutan dan Datuk Kapten Chester Voo, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Penerbangan)  AirAsia Aviation Group.

Inisiatif penerbangan tambahan khas dengan tambang tetap ini telah dilancarkan oleh Menteri Pengangkutan pada 26 Februari 2025 yang menawarkan sejumlah 16,000 tempat duduk dari Kuala Lumpur dan Johor Bahru ke 10 laluan di Sabah dan Sarawak pada tambang tetap RM328 ke Sarawak dan RM388 ke Sabah sehala.

Mengadakan Sambutan Hari Raya

via Air Asia

AirAsia turut mengadakan sambutan Hari Raya di KLIA T2 dengan penampilan istimewa oleh penyanyi Mimifly dan AirAsia Fun Team serta pelbagai aktiviti dan hadiah menarik.

Tetamu yang melakukan perjalanan semasa tempoh Hari Raya Aidilfitri digalakkan untuk mendaftar masuk kendiri menggunakan aplikasi AirAsia MOVE, yang tersedia seawal 14 hari sebelum berlepas, serta menggunakan pas masuk elektronik untuk menaiki penerbangan mereka.

Bagi pengalaman penerbangan perjalanan lancar, para tetamu dinasihatkan untuk tiba awal di lapangan terbang selama dua (2) jam sebelum waktu pelepasan yang dijadualkan untuk penerbangan domestik dan tiga (3) jam untuk penerbangan antarabangsa.

Patuhi Waktu Yang Ditetapkan

Kaunter daftar masuk akan ditutup satu (1) jam sebelum waktu perlepasan yang dijadualkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA T2) dan 45 minit sebelum waktu perlepasan yang dijadualkan bagi penerbangan domestik di lapangan terbang lain di seluruh Malaysia.

[VIDEO] Bergaya, Bijak & Berpengaruh: Kenali Ben-Jie, Anak Muda & Orang Kuat Di Sebalik Kejayaan AirAsia

Setiap tetamu dibenarkan membawa satu bagasi kabin (56 x 36 x 23cm) dan satu beg kecil, sama ada beg komputer riba, beg tangan atau beg kecil ke dalam pesawat.

Jumlah berat keseluruhan kedua-dua  bagasi tidak boleh melebihi 7kg.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
air asiamimi fly
https://lomp.at/lafg6
Share9Tweet6SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem