Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Viral

[VIDEO] Tragedi Putra Heights: Kisah Hamster Dan Arnab Diselamatkan Jadi Bualan Netizen

by Phic ARMAN
April 2, 2025
39
KONGSIAN
Share on Facebook

Kejadian kebakaran besar di Putra Heights pagi tadi bukan saja mencetuskan panik, tapi juga kisah menyentuh hati! Pasukan Bomba dan Penyelamat Shah Alam bukan sahaja menyelamatkan penduduk, tetapi juga haiwan peliharaan yang terperangkap dalam insiden itu.

Dalam kejadian tersebut, dua ekor anjing ditemukan dalam keadaan trauma, seekor hamster malang pula terkurung dalam rumah yang sedang marak terbakar, dan tiga ekor arnab milik penduduk berjaya ditemui selamat di luar rumah. Nasib baik pasukan bomba bertindak pantas, kalau tidak, mungkin lain ceritanya!

Menurut jurucakap Bomba Shah Alam, kebanyakan penduduk sempat menyelamatkan diri, tapi haiwan peliharaan masih ada yang tertinggal. Jadi, mereka tak teragak-agak untuk masuk dan selamatkan si comel-comel ini. Sikap prihatin mereka buat ramai netizen tersentuh, siap ada yang berkongsi rasa syukur dan terharu di media sosial.

Rakaman video oleh Selangor TV ini menyaksikan  detik-detik penyelamatan ini pun dah mula tular. Ramai yang memuji kecekapan dan keprihatinan anggota bomba. “Terima kasih abang bomba! Hero bukan sahaja untuk manusia, tapi juga haiwan kesayangan kami!” kata seorang netizen.

@selangortv

Bomba selamatkan anjing & haiwan terjejas kebakaran Dua ekor anjing trauma, seekor hamster terkurung dalam rumah ketika kebakaran saluran paip gas di Putra Heights pagi tadi. Tiga arnab milik penduduk pula ditemui selamat di luar rumah. Pasukan Bomba Shah Alam melakukan pemantauan bagi menyelamatkan haiwan yang terjejas. Kebakaran turut menyebabkan 49 rumah rosak dan lebih 100 penduduk cedera. MediaSelangor PutraHeights KebakaranPaipGas

♬ original sound – SelangorTV – SelangorTV

Buat masa ini, pihak berkuasa sedang menyiasat punca sebenar kebakaran dan menilai tahap kerosakan. Sementara itu, penduduk yang terjejas telah ditempatkan di pusat pemindahan sementara bagi mendapatkan bantuan.

Semoga semua mangsa, termasuk haiwan-haiwan comel ini, dapat pulih daripada trauma! Dan sekali lagi, salute untuk abang-abang bomba yang bertindak sebagai penyelamat sejati!

What’s your Reaction?
+1
0
+1
7
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
Putra Height
https://lomp.at/79ka8
Share16Tweet10SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem