Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

Melancong Ikut Kemampuan Atau Nak Seronok?

by Arsiqin Yusof
April 5, 2025
Share on Facebook

Bercuti merupakan salah satu cara terbaik untuk merehatkan minda dan menikmati keindahan dunia. Namun, persoalan yang sering timbul ialah sama ada kita perlu merancang percutian berdasarkan kemampuan kewangan atau mengutamakan keseronokan tanpa terlalu memikirkan bajet. Kedua-dua pendekatan ini mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Bercuti Mengikut Kemampuan?

Bagi mereka yang memilih untuk bercuti mengikut kemampuan, aspek utama yang dipertimbangkan ialah bajet. Mereka merancang percutian berdasarkan jumlah wang yang tersedia dan memilih destinasi serta aktiviti yang tidak membebankan kewangan. Antara kelebihan bercuti mengikut kemampuan ialah:

  • Mengelakkan hutang: Percutian yang dirancang berdasarkan bajet memastikan perbelanjaan tidak melebihi pendapatan, sekali gus mengelakkan hutang yang tidak perlu diambil.
  • Ketenteraman fikiran: Tanpa tekanan kewangan, percutian akan lebih menyeronokkan kerana tidak perlu risau tentang perbelanjaan yang berlebihan. Di masa akan datang pun, beban terhadap kewangan semakin berkurang.
  • Membantu dalam perancangan kewangan: Merancang percutian berdasarkan bajet menggalakkan tabiat menyimpan dan mengurus kewangan dengan lebih baik. Perancangan kewangan dapat mengelakkan daripada kita berbelanja secara melulu.

Namun, kekurangannya adalah terdapat had dalam memilih destinasi dan aktiviti yang boleh dilakukan, terutama jika bajet yang diperuntukkan adalah terhad. Oleh itu, tidak banyak aktiviti menarik boleh dilakukan. Ada juga antara pelancong yang memilih untuk memotong perbelanjaan dari segi makanan, ini juga rugi kerana tidak dapat menikmati ‘rasa asli’ makanan dari negara yang dilawati.

Atau Lebih Mementingkan Keseronokan?

Sebaliknya, ada yang lebih mementingkan pengalaman dan keseronokan dalam percutian tanpa terlalu mengambil kira kemampuan kewangan. Mereka mungkin memilih destinasi impian, hotel mewah dan aktiviti eksklusif walaupun memerlukan perbelanjaan yang besar. Kelebihan bercuti berasaskan keseronokan:

  • Pengalaman yang lebih menyeronokkan: Dengan tidak menghadkan bajet, seseorang boleh menikmati percutian impian tanpa kekangan. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan adalah lebih berharga daripada nilai mata wang.
  • Kenangan yang lebih bermakna: Perjalanan yang unik dan aktiviti eksklusif boleh mencipta pengalaman yang sukar dilupakan. Ada juga sesetengah pihak berfikir bahawa peluang melancong sukar untuk diperolehi, jadi mereka gunakan peluang ini untuk mencipta kenangan yang bermakna.
  • Kepuasan diri: Sesetengah individu merasakan kepuasan apabila dapat melancong tanpa perlu berkira-kira tentang kos. Mereka juga ingin mengelakkan pemikiran ‘menyesal di kemudian hari’. Jadi, jika pulang daripada melancong, mereka tidak akan rasa terkilan kerana semua perkara yang diingini telah dilakukan.
Travel Tempat Sejuk? Outfit Bundle Pun Boleh Nampak Macam Mahal

Namun, kelemahan utama bagi cara ini ialah risiko masalah kewangan selepas percutian, terutamanya jika perbelanjaan dibuat secara berlebihan atau dengan berhutang. Mereka pasti dibebani dan tertekan untuk melangsaikan hutang tersebut terutamanya jika jumlah yang dipinjam adalah besar.

Mana Satu Pilihan yang Bijak?

Dalam merancang percutian, keseimbangan antara kemampuan kewangan dan keseronokan adalah penting. Seseorang boleh memilih destinasi yang masih memberi kepuasan tetapi dalam lingkungan bajet yang mampu ditanggung. Beberapa langkah yang boleh diambil untuk mencapai keseimbangan ini seperti:

  • Membuat perancangan awal: Tempah tiket dan penginapan lebih awal untuk mendapatkan harga yang lebih murah. Perlu rajin dan segera mencari kupon atau diskaun yang ada di laman sesawang terhadap tempat yang diingini.
  • Menyediakan dana percutian: Menyimpan sedikit demi sedikit sebelum bercuti dapat membantu mengelakkan penggunaan kad kredit atau pinjaman. Bercuti secara kumpulan, adalah lebih jimat kerana dapat berkongsi dan mengurangkan beban sewaktu bercuti.
  • Memilih pakej percutian yang berbaloi: Bandingkan harga dan cari tawaran terbaik untuk mendapatkan pengalaman terbaik dengan kos yang berpatutan. Cari sebanyak mungkin dan nilaikan setiap pakej yang ada.

Kesimpulannya, sama ada bercuti mengikut kemampuan atau keseronokan bergantung kepada keutamaan dan gaya hidup masing-masing. Yang penting, percutian harus memberikan kepuasan dan kenangan indah tanpa memberi tekanan kewangan di kemudian hari. Oleh itu, perancangan yang bijak akan memastikan percutian menjadi pengalaman yang menyeronokkan dan bermakna.

berbaloijimatmampuseronoktravel
https://lomp.at/l3plo
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Jalan-Jalan

Kenapa Vietjet Air Dipilih Jadi Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia 2026?

by Phic ARMAN
March 24, 2026

Vietjet Air sekali lagi buat gegar dunia penerbangan bila dinobatkan sebagai World’s Best Ultra Low-Cost Carrier 2026 di Airline Excellence...

Read moreDetails
Hotel

Kenali Eric Fettke, Executive Chef Shangri-La KL, Pernah Terlibat Dengan Sukan Olimpik?

by Phic ARMAN
April 21, 2026

Dunia kulinari hotel mewah di Shangri-La Kuala Lumpur kini makin hangat bila seorang chef bertaraf antarabangsa, Eric Fettke, rasmi dilantik...

Read moreDetails
Destinasi

AirAsia Tempah 150 Pesawat Airbus A220, Ini 5 Perkara ‘Kaki Travel’ Kena Tahu

by Phic ARMAN
May 7, 2026

AirAsia X Berhad (AAX) sekali lagi mencuri perhatian dunia apabila mengumumkan pembelian besar-besaran pesawat Airbus A220-300 bernilai kira-kira USD19 bilion....

Read moreDetails
Hotel

Dari Rendang Tok Sampai Burnt Cheesecake Durian, Buffet Raya Lemon Garden Shangri-La KL Kembali Lagi

by Phic ARMAN
March 29, 2026

Musim Raya memang tak lengkap tanpa jamuan besar-besaran, kan? Kali ini, MURAI nak bawa anda menjengah kemeriahan Hari Raya Open...

Read moreDetails
Foto - Vietjet
Jalan-Jalan

VietJet Tambah Penerbangan Musim Cuti & Tingkatkan Perjalanan Musim Panas Sehingga Awal Mei Ini!

by Nurul A.
April 12, 2026

Vietjet sedang meningkatkan kapasiti perjalanan musim cutinya dengan hampir 3,800 penerbangan di seluruh Vietnam. Peningkatan penerbangan ini dijadualkan bermula dari...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    MyKad Baharu Bakal Lancar Jun Ini Lebih Canggih & Selamat Tapi Tak Semua Perlu Tukar, Ini Fakta Sebenar

  2. 2

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  3. 3

    Rahsia Lantai Bersih Orang India ‘Level Cermin’ Trending Di Threads, Rupanya Ini Rahsia Sebenar!

  4. 4

    Dah Pesan Baik-Baik, Tapi Sampai Hancur, Luahan Peniaga Kecil Tentang Tanggungjawab Rider

  5. 5

    Badrul Hisham Dari JPN Jelaskan Kenapa Kongsi MyKad Untuk Isi Minyak Boleh Bawa Padah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara