Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Iman Tang Umum Berita Gembira Buat Peminat Genkru Di Singapura & Malaysia

Mendekatimu bagaikan mimpi..Mimpi yang indah

by Arsiqin Yusof
April 10, 2025
39
KONGSIAN
Share on Facebook

Kumpulan sensasi Genkru bakal menggegarkan pentas The Star Theatre dalam konsert eksklusif mereka pada Sabtu, 28 Jun 2025, yang dianjurkan oleh ICON Entertainment. Konsert yang diberi judul Genkru Live in Singapore ini dijangka menarik ribuan peminat dari serata rantau Asia Tenggara, khususnya dari Singapura dan Malaysia.

Sidang media rasmi konsert ini telah berlangsung pada jam 2 petang tadi, memperincikan persiapan serta kejutan yang bakal menanti peminat. Ketiga-tiga anggota Genkru tampil penuh karisma dalam busana merah garang, mencerminkan tema konsert yang dijangka penuh tenaga dan warna selari dengan warna yang melambangkan negara Singapura.

Dalam sesi soal jawab, Murai.my sempat bertanyakan mengenai persiapan rapi dari pihak penganjur. Menurut wakil ICON Entertainment, Iman Tang menyatakan mereka telah merancang konsert ini dengan sangat teliti, termasuk aspek keselamatan, kemudahan buat pengunjung, serta kerjasama daripada kenderaan kemudahan awam.

“Kami mahu pastikan yang terbaik buat peminat supaya dapat memberi kenangan terbaik buat mereka” kata Iman Tang.

Selain itu, satu lagi berita gembira buat peminat ialah pelancaran merchandise eksklusif Genkru yang hanya boleh didapati di lokasi konsert. Barangan seperti football jersey, ice hockey jersey, lanyard, topi dan poster. Namun, apa yang menjadi keistimewaan buat konsert kali ini ada penjualan salinan kaset dan CD koleksi lagu genkru yang terpilih. Penjualan kaset dan CD hanyalah boleh didapati di tapak konsert pada hari berkenaan dengan bilangan yang terhad.

“Memang sekarang adalah zaman digital, tapi kita mahu imbas kembali nostalgia lama dan jadikan barang ini sebagai satu barangan istimewa yang dapat dihargai peminat.”

Dengan sokongan pelbagai rakan strategik termasuk ERA, Celebfest, Sound Inovation, Sistic, Mutiara dan The Star Theatre, konsert ini dijangka menjadi salah satu acara muzik terbesar tahun ini di Singapura dan menjadi konsert yang terakhir buat kumpulan Genkru.

Yusry KRU Bertarung Tekanan, Lisa Surihani Jadi "Ubat" Sumber Kekuatan Suami

Tiket boleh didapati di www.sistic.com.sg dan akan mula dijual secara pada 14 April ini (Isnin) bermula jam 11 pagi. Peminat dinasihatkan untuk membuat pembelian awal bagi mengelakkan kekecewaan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
KONSERT GENKRUKRUsingapura
https://lomp.at/5slkg
Share16Tweet10SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem