Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Filem

[REVIEW] Good Bad Ugly: Bila Gangster Insaf Kembali Demi Keluarga – Filem Tamil Yang Paling ‘Power’ Tahun Ini?

by Phic ARMAN
April 11, 2025
104
KONGSIAN
Share on Facebook

Saya bukanlah penggemar tegar filem Tamil. Malah, saya tidak meletakkan sebarang jangkaan apabila melangkah masuk ke pawagam untuk menonton Good Bad Ugly. Tapi kalau anda sama macam saya, bersedialah – filem ini mungkin akan menjadikan anda peminat baharu filem Tamil!

Ia berkisahkan tentang AK aka Red Dragon (Ajith Kumar), seorang bos jenayah yang digeruni, secara mengejutkan menyerah diri kepada pihak berkuasa demi satu perkara – mahu menebus kesalahan lalu dan kembali bersama isteri tersayang, Ramya, dan anak mereka, Vihaan.

Namun hidup tak semudah itu. 18 tahun kemudian, AK dibebaskan dan mula merancang perjalanan ke luar negara untuk bertemu Vihaan. Tapi sebelum itu, dia sempat bertemu Ramya semula di India. Malangnya, pertemuan mereka diganggu apabila sekumpulan pembunuh upahan menyerang mereka – dihantar oleh musuh lama AK.

Babak ini menjadi titik tolak kepada konfrontasi yang penuh emosi dan ledakan aksi. Ramya menolak kehadiran AK, mengatakan masa silamnya tidak akan pernah membiarkan mereka hidup tenang. AK, yang hancur dengan penolakan itu, mengamuk – memanggil Bhai dan orang-orang lamanya untuk beri peringatan kepada dunia: sesiapa yang menyentuh keluarganya, akan menerima padah. Apa kesudahannya, kena tonton sendiri! Apa-apa pun ini adalah review dari kami.

Sinematografi: ????? (5/5)

Bab visual memang padu. Dari sudut sinematografi, saya tak ada apa nak komplen. Setiap babak dirakam dengan begitu kemas, pencahayaan mantap, dan sudut kamera memang menghidupkan suasana. CGI pun on point – babak gaduh, aksi letupan, dan kejar-mengejar semua nampak real dan smooth, tak nampak ‘kartun’ langsung. Dari awal sampai habis, visual dia memang memuaskan.

Teknologi AI: Ada beberapa babak yang menggunakan elemen teknologi AI, tapi jangan risau – ia digunakan secara minimum dan masih berada dalam tahap yang boleh diterima. Tak ganggu pengalaman menonton pun.

Lakonan Pelakon: ??? (3/5)

Ajith Kumar seperti biasa, tampil garang dan berkarisma. Tapi dari segi pelakon pembantu, ada sedikit kelemahan dari segi penghayatan. Mungkin boleh diperbaiki, tapi taklah sampai merosakkan keseluruhan cerita.

Jalan Cerita: ????✨ (4.5/5)

Kalau anda pernah layan filem bollywood popular, Kabhi Khushi Kabhie Ghamm, anda pasti akan terasa sedikit elemen kekeluargaan dalam filem ini, walaupun ia berteraskan aksi. Skripnya bijak, emosi ada, dan susun atur cerita cukup kemas. Aksi yang kadang-kadang over-the-top tu? Biasalah, nama pun filem Tamil – layan jer!

Lokasi Penggambaran: Latar belakang banyak dilakukan di Sepanyol – dan ya, anda akan dijamu dengan pemandangan yang sangat cantik! Memberikan nafas antarabangsa pada filem ini.

Keseluruhan: ????? (4.8/5)

Saya berpuas hati. Daripada aspek teknikal, lakonan utama, hingga kepada jalan cerita, semuanya hampir sempurna. Tabik spring kepada pengarah Adhik Ravichandra atas idea yang kreatif dan berani.

Tak kira anda peminat filem Tamil atau tidak, Good Bad Ugly adalah satu filem yang wajib ditonton di layar lebar. Gabungan aksi, drama dan visual yang menakjubkan menjadikannya sebuah naskhah yang tak mudah dilupakan.

Kini, Good Bad Ugly sudah mula ditayangkan di seluruh Malaysia — dan percayalah, filem ini WAJIB TONTON untuk semua peminat sinema Tamil dan penggemar aksi Ajith Kumar. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada fenomena ini.

YouTube video
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
Ajith KumarGood Bad Ugly
https://lomp.at/0k91b
Share42Tweet26SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem