Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Filem

Wanita Balas Dendam Kepada Suami Jahanam Dalam ‘First Wives’

by Aphit J.
April 12, 2025
93
KONGSIAN
Share on Facebook

Selepas kejayaan One Cent Thief 2, Astro Originals kembali dengan drama premium terbaharu, First Wives, yang mengangkat kisah dua wanita bangkit membalas dendam selepas dikhianati suami.

Isu Masyarakat Sekarang

Kisah ini mengetengahkan isu penting dalam masyarakat seperti perkahwinan rahsia dan beban hutang yang memaksa sesetengah individu menjalani dua kehidupan.

Drama ini menggabungkan unsur emosi dan komedi, menjadikannya tontonan yang menghiburkan.

Mimi Lana memegang watak Diyana, seorang isteri yang dikhianati apabila suaminya Azzim, lakonan Malek Mccrone, berkahwin lain tanpa pengetahuan.

Watak Baru Yang Dibawa Mimi Lana

via Astro Shaw

Menariknya, ini merupakan kali pertama Mimi membawa watak berunsur komedi. Melissa Campbell pula sebagai Michelle, isteri kepada Roshan (Charles Roberts) yang terpaksa berdepan hutang ah long akibat ketagihan judi suaminya.

Gabungan pelakon baharu dan berpengalaman seperti Andy Teh, Carmen Soo, Theebaan G, Zeera Azizi dan Sathisvaran turut menyerikan siri ini.

Dengan 8 episod, First Wives akan ditayangkan bermula 11 April di Astro Citra dan Astro Ria serta melalui Astro GO dan On Demand.

Memperjuangkan Hak Wanita

Drama ini diarahkan oleh Imro Nasution dan diterbitkan oleh Astro Shaw bersama Infinitus Productions.

Skrip ditulis oleh Catalina Mae Hubbard, Ilya Karnain, Luqman Sheikh Ghazali dan Dee Dee Peter.

Raja Jastina Raja Arshad, selaku penerbit eksekutif, menyatakan bahawa mesej utama drama ini adalah memperjuangkan hak wanita dan memberi inspirasi kepada golongan isteri untuk bangkit daripada pengkhianatan dan beban hidup.

First Wives turut menjalinkan kerjasama dengan Goodday Charge, jenama susu bertenaga yang menyokong kekuatan fizikal dan mental, selari dengan tema siri ini.

Untuk info lanjut dan klip menarik, ikuti laman sosial rasmi Astro Gempak dan Astro Shaw.

[VIDEO] Gelagat Mimi Lana Beraya Dirumah Saudara Mara Syafiq Kyle, Raih Perhatian Ramai!
What’s your Reaction?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Charles RobertsMalek MccroneMelissa CampbellMimi Lana
https://lomp.at/fq42a
Share37Tweet23SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem