Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Konsert Solo Mega Stacy Bakal Gegar Kota Kinabalu! Satu Konsert, Seribu Kreativiti

by Aphit J.
April 13, 2025
Share on Facebook

Penantian peminat akhirnya berakhir apabila konsert solo mega Stacy, Aku Stacy Menggegar Kota U, diumumkan secara rasmi dalam satu sidang media meriah di Sabah International Convention Centre (SICC).

Diadakan Di SICC, Sabah

via Joeprcinternational

Bertempat di negeri kelahirannya, pengumuman ini membawa makna besar buat Stacy dan para peminat setianya.

Seawal jam 3 petang, media, tetamu VIP serta rakan artis hadir dan disambut dengan persembahan akustik Stacy membawakan lagu-lagu ikoniknya seperti “Pelangi Senja”, “Not For Sale” dan “Jahat” berlatarbelakangkan pemandangan matahari terbenam dan laut, mencipta suasana yang cukup magis dan peribadi.

Menurut Stacy, konsert ini bukan sekadar persembahan muzik tetapi adalah sebuah karya seni pentas yang mencurahkan sepenuh kreativitinya.

Akim Turut Terlibat

via Joeprcinternational

Menambahkan lagi kemeriahan, Stacy bakal tampil berduet bersama suaminya, Akim Ahmad, dalam satu segmen khas yang romantis.

Akim menyatakan rasa syukurnya kerana cuaca baik menyinari hari pelancaran konsert tersebut, walaupun kebiasaannya hujan.

Konsert ini akan berlangsung pada 21 Jun 2025, jam 8 malam di SICC, Kota Kinabalu.

Ia dianjurkan oleh Rhythm & Rhyme Entertainment serta dibawakan oleh U Mobile. Stacy turut terlibat sepenuhnya dalam susunan muzik, koreografi dan pemilihan kreatif, menjadikannya persembahan paling autentik dalam kariernya.

Tiket rasmi mula dijual 10 April di www.ticket2u.com, dengan harga bermula dari RM137 hingga RM6,000.

Untuk info terkini dan konten eksklusif, ikuti media sosial rasmi Stacy dan U Mobile. Konsert ini pasti menjadi detik bersejarah buat peminat muzik tanah air.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Akim Ahmad Nekad Berhenti Merokok Selepas Bapa Mentua Disahkan Kanser Paru-Paru
akimAkim Ahmadstacy
https://lomp.at/dj2lb
Share4Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem