Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Entertainment

Exists X Slam Bakal Cetak Sejarah Baharu Di Singapura: Satu Malam Bersama Dua Kumpulan Legenda

by Aphit J.
April 13, 2025
24
KONGSIAN
Share on Facebook

Sesuatu yang luar biasa bakal menggegarkan Singapura! Dua kumpulan legenda muzik tanah air, Exists dan Slam, akan bersatu dalam satu malam epik yang pasti mengukir kenangan manis buat para peminat mereka.

Berlangsung Di Singapura

via Opie Sofea

Konsert sulung ini diberi nama “Exists X Slam Live in Singapore” dan akan berlangsung pada 29 November 2025 di The Star Theatre, Singapura.

Dibawakan khas oleh Shiraz Projects, konsert ini adalah penghargaan kepada dua kumpulan ikonik yang kekal relevan walaupun lebih dua dekad dalam industri muzik.

Menurut Pengarah Urusan Shiraz Projects, Shiraz sendiri, penganjuran konsert ini adalah simbol penghormatan terhadap karya-karya agung mereka yang masih diminati ramai hingga ke hari ini.

Kedua-dua kumpulan ini telah melalui pelbagai perubahan, termasuk pertukaran ahli dan vokalis.

Sokongan Utuh Dari Peminat

via Opie Sofea

Namun, mereka tetap utuh dengan sokongan padu daripada peminat serta lagu-lagu malar segar seperti “Mengintai Dari Tirai Kamar” dan “Gerimis Mengundang” yang cukup ikonik.

Para peminat bakal dibawa mengimbas kenangan lalu menerusi alunan lagu daripada Ezad (Exists) seperti “Oh Ibu”, “Jesnita”, dan “Julia”, serta vokal lunak Zamani (Slam) dengan lagu “Tak Mungkin Berpaling”, “Rindiani”, dan banyak lagi.

Tiket mula dijual pada 26 Mac 2025 di www.sistic.com.sg. Kategori tiket termasuk Meet & Greet ($258), Diamond ($168), Platinum ($148), Gold ($128), Gold RV ($108), Silver ($108), dan Silver RV ($88).

Jangan lepaskan peluang menyaksikan gabungan dua lagenda ini dalam satu malam yang pastinya penuh nostalgia dan magis!

What’s your Reaction?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
ExistsSlam
https://lomp.at/s7ck4
Share10Tweet6SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem