Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Zahnita Wilson Alami Burnout, Umum Berehat Sementara Dari Penjualan Pai

by Aphit J.
April 13, 2025
61
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon dan model terkenal, Zahnita Wilson, mengakui sedang mengalami keletihan melampau atau ‘burnout’ selepas namanya kembali menjadi perhatian ekoran dakwaan yang dibuat oleh bekas rakan kongsinya, Nur Hanisah, di media sosial.

Memerlukan Masa Untuk Berehat

via Instagram Zahnita Wilson

Zahnita berkata dia memerlukan masa untuk berehat daripada perniagaan pai yang diusahakannya demi menjaga kesihatan mental, emosi dan fizikal.

Saya berada di ambang keletihan. Izinkan saya berehat sebentar.

Saya akan kembali mengambil pesanan dalam masa seminggu.

Dalam hantaran berasingan, Zahnita turut mempelawa pihak media untuk hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kuantan, Pahang pada 18 April 2025 bagi mengikuti perkembangan kes cerai bersama suaminya, Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor.

Tiga kes akan didengar serentak termasuk isu hadanah, interim injunksi berkaitan gangguan, serta pemulangan barang peribadi.

Melantik Hakam Untuk Kedua Belah Pihak

View this post on Instagram

A post shared by @zahnita

Zahnita juga mendakwa berlaku penyalahgunaan anak di media sosial serta akan ada pelantikan hakam daripada kedua-dua belah pihak.

Beliau berjanji akan menjawab semua soalan media selepas prosiding selesai.

Zahnita turut berkongsi laporan kesihatan dari Hospital Tengku Ampuan Afzan sebagai respons terhadap dakwaan Hanisah yang menafikan bahawa suami Zahnita pernah mengasarinya.

Selain itu, Zahnita turut memuat naik perbualan dengan peguam yang menyatakan pihak pembelaan mahu memfailkan representasi bagi menggugurkan atau meminda tuduhan kes keganasan rumah tangga.

Kes itu akan disambung pada 14 Mei 2025.

Terdahulu, Hanisah mendakwa Zahnita mereka cerita tentang penderaan rumah tangga dan menyifatkan Abdul Zackery sebagai suami yang sentiasa menyokong isterinya dalam apa jua keadaan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Zahnita Wilson Akui ‘Burnout’ Akibat Dakwaan Penderaan Rumah Tangga, Tuntut Keadilan di Mahkama
zahnita wilson
https://lomp.at/8lfuz
Share24Tweet15SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem