Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

[VIDEO] “Bukan Tak Nak Datang, Cuma Hati Ni Tak Kuat…”-Aril Pilus

by Naddy Joe
April 15, 2025
20
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi dan pelakon, Aril Pilus mencetuskan rasa sebak netizen selepas berkongsi momen sayu ketika menziarah kubur arwah abangnya yang juga penyanyi, Izwan Pilus ketika Aidilfitri.

Kongsi Aril menerusi video yang dimuatnaik di TikTok,  dia baru sahaja mempunyai kekuatan untuk berkongsi momennya menziarahi kubur Allahyarham setelah 2 minggu umat Islam meraikan Aidilfitri.

“Okay guys, tempat yang aku nak gi raya kali ni a bit special sikit. Nak pergi rumah saudara seibu dan sebapa aku. Rumah dia dekat sini.

Masa ni hati dah sayu, setahun sekali je tengok dia dekat rumah dia. Jangan marah ya Wan. Bukan tak nak datang, cuma hati ni tak kuat.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin Wan. InsyaAllah ada rezeki kita jumpa dekat syurga. Semoga kau tenang kat sini ya. Rindu sangat dekat kau Wan.”-kongsi Aril di TikTok

@arilpilus

Lepas 2 minggu raya baru la ada kekuatan nak post video ni ? Al-Fatihah Abang… #IzwanPilus

♬ original sound – Naim Daniel – Naim Daniel

“Kami Peminat Merinduimu…”

Perkongsian Aril dibanjiri dengan doa buat Allahyarham Izwan Pilus agar rohnya berada di kalangan orang-orang beriman.

Malah, ramai yang meluahkan rasa rindu dengan lagu-lagu terkenal arwah seperti Kembali Senyum, Indah Lelapku, Setia Tapi Terluka, Erti Kasih dan banyak lagi.

“Al Fatihah buat arwah Izwan Pilus. Always love him dari zaman remaja. Nangis bila dengar dia meninggal. Semoga ditempatkan di Syurga Aamin.”

“Lagu arwah Kembali Senyum dan Indah Lelapku adalah lagu fav saya. Paling suka dengar. Al Fatihah buat arwah Izwan.”

“Al Fatihah buat arwah Izwan Pilus, kami peminat merinduimu sentiasa. Terima kasih menghiburkan kami dulu.”

Untuk info, Izwan Pilus telah pergi mengadap Illahi pada Januari 2012 akibat jangkitan kuman dalam darah dan jangkitan kencing tikus yang serius. Jenazah Allahyarham dikebumikan di kampungnya di Taman Nyalas 2, Taman Nyalas Permai, Jasin, Melaka.

Al-Fatihah buat Allahyarham…

Aril Pilusizwan pilus
https://lomp.at/2nqpu
Share8Tweet5SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem