Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Noki Nafi Bercinta Dengan Hawa Rizwana, Tapi Akui Dia ‘Calon Isteri Idaman’?

by Puteri Alia
April 15, 2025
11
KONGSIAN
Share on Facebook

Desas-desus mengenai hubungan istimewa antara anggota kumpulan K-Clique, Noki dan pengacara popular Hawa Rizwana akhirnya dijawab sendiri oleh empunya badan. Menafikan spekulasi yang hangat diperkatakan di media sosial, Noki menjelaskan bahawa mereka hanya berkawan dan tiada sebarang hubungan romantik seperti yang disangka ramai.

Menurut Noki atau nama sebenarnya Ahmad Ikhwan Aji, keakraban mereka tercetus secara semula jadi sewaktu terlibat dalam sebuah festival jualan di Singapura ketika bulan Ramadan lalu. Secara kebetulan, beliau dijemput membuat persembahan pada acara yang sama dan mengambil peluang untuk membantu Hawa yang turut serta dalam festival tersebut. Katanya, jemputan untuk Hawa menyertai acara itu juga datang daripadanya sendiri, dan bantuan yang diberi hanyalah atas dasar kawan semata-mata.

Namun begitu, dalam keterangannya, Noki tidak menafikan bahawa Hawa Rizwana memiliki kriteria wanita idaman yang dicari-carinya selama ini. Berhijab, berdikari, dan bijak membawa diri, ciri-ciri yang cukup dekat dengan gambaran calon isteri yang diimpikannya. Bagaimanapun, tegasnya lagi, itu tidak bermakna dia sedang cuba mendekati atau memulakan sesuatu dengan Hawa, apatah lagi selepas festival itu mereka tidak lagi berhubung.

Noki turut berkongsi sisi lebih peribadi tentang keinginannya berumah tangga, namun tetap berhati-hati dalam membuat keputusan besar seperti itu. Walaupun pernah menyatakan hasrat mahu berkahwin pada usia 25 tahun, jodoh nyata masih belum menyapa, dan kini pada usia 31 tahun, dia mengambil pendekatan yang lebih matang dan tenang. Katanya, melihat kepada keruntuhan rumah tangga yang berlaku dalam kalangan selebriti membuatkan dia lebih waspada. Bagi Noki, mencari pasangan yang memahami agama dan tahu hukum-hakam adalah satu keutamaan, kerana asas itu penting untuk membina rumah tangga yang kukuh dan saling membimbing.

Topik Berkaitan [VIDEO] Hawa Rizwana Berjaya Takluk Via Ferrata Tertinggi Di Dunia, Rakan Selebriti & Netizen 'Gerun'!

Walaupun gosip cinta sering kali menghimpit figura popular sepertinya, Noki memilih untuk bersikap jujur dan terbuka, bukan sekadar untuk menjernihkan keadaan, tetapi juga untuk menghormati semua pihak terlibat. Buat masa ini, dia lebih senang fokus kepada kerjaya dan terus mencari calon isteri yang bukan sahaja memenuhi kehendak hati, tetapi juga mampu menjadi peneman menuju reda Ilahi.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
hawa rizwana
Share4Tweet3SendShare

KINI TRENDING

Putera mahkota
Spotlight

[FOTO] Momen Comel, Putera Mahkota Jordan & Putera Mateen ‘Dating’ Bawa Anak

by Nurul A.
October 2, 2026

Sebuah pertemuan antara keluarga diraja Brunei dan Jordan telah mencuri perhatian ramai. Menerusi perkongsian gambar di Instagram, Putera Mahkota Jordan,...

Read moreDetails
Spotlight

NEXZ Bakal Gegarkan Zepp KL Mei 2027, NEX2Y Malaysia Jangan Terlepas!

by Phic ARMAN
November 18, 2026

Peminat K-Pop di Malaysia, boleh mula bersiap sedia! Kumpulan lelaki tujuh anggota dari Korea Selatan, NEXZ bakal mengadakan konsert pertama...

Read moreDetails
Spotlight

Diva M Kini Divo M, Apa Sebenarnya Di Sebalik Pertukaran Nama Ini?

by Phic ARMAN
November 4, 2026

Nama Diva M mungkin sudah biasa dalam kalangan pengikut media sosial, namun kini beliau tampil dengan identiti baharu sebagai Divo...

Read moreDetails
Sydney Sweeney
Hollywood

Makin Serius, Sydney Sweeney Didakwa Mahu Pindah Agama Sebelum Nikah

by Nurul A.
October 8, 2026

Hubungan antara aktres Hollywood, Sydney Sweeney dan kekasihnya, Scooter Braun nampaknya semakin serius. Baru-baru ini, aktres itu dilaporkan telah bertemu...

Read moreDetails
Khairul Aming Rembayung
Spotlight

“Cik Buat Dua Separate Booking”- Khairul Aming Ulas Isu Gabung Meja Rembayung

by Nurul A.
October 21, 2026

Nama usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming atau mesra disapa sebagai KA, terus menjadi bualan. Dan kali ini disebabkan oleh seorang...

Read moreDetails
Kareena Kapoor
Spotlight

Loket Ayat Kursi Ketika Deepavali? Kareena Kapoor Terima Notis Guaman

by Nurul A.
November 16, 2026

Aktres Bollywood, Kareena Kapoor kini berdepan dengan tindakan undang-undang selepas menggayakan lokel diraja Bhopal yang mengandungi potongan ayat Kursi. Aktres...

Read moreDetails
Spotlight

Iman Fandi Lancar EP Afterglow, Kisah Belajar Melepaskan Demi Bahagia

by Phic ARMAN
October 16, 2026

Dalam hidup, ada masanya kita perlu melepaskan sesuatu yang disayangi demi kebahagiaan sendiri. Bukan mudah, tetapi itulah antara mesej yang...

Read moreDetails
Spotlight

Dato’ Fazley Dedah ‘Match Maker’ Di Sebalik Hubungannya Dengan Datuk Seri Vida

by Phic ARMAN
November 11, 2026

Siapa sangka, usikan anak-anak boleh menjadi titik permulaan kepada sebuah hubungan istimewa? Itulah yang berlaku kepada penyanyi dan cef selebriti,...

Read moreDetails
Spotlight

“Hans Bila Nak Kahwin?”- Akhirnya Terjawab, Hans Isaac Bakal Kahwini Bekas Ratu Cantik Malaysia

by Phic ARMAN
November 16, 2026

Pelakon, pengarah dan penerbit terkenal, Dato' Hans Isaac bakal menamatkan zaman bujang apabila mengumumkan berita pertunangannya dengan bekas ratu cantik...

Read moreDetails
Spotlight

Konsert The Weeknd Bakal Sesak, Ini Lokasi Parkir Alternatif Yang Anda Perlu Tahu

by Phic ARMAN
October 28, 2026

Semakin tak sabar nak menyanyi bersama The Weeknd di TM Stadium Nasional, Bukit Jalil? Sebelum terlalu excited memilih outfit dan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    KAHA MAIDAM 2026 Kembali, Ini Tarikh Penebusan & Jumlah Bantuan Untuk Asnaf Terengganu

  2. 2

    “Hans Bila Nak Kahwin?”- Akhirnya Terjawab, Hans Isaac Bakal Kahwini Bekas Ratu Cantik Malaysia

  3. 3

    Penulis Novel ‘Suamiku Anak Mak’ Luah Rasa Kecewa,- “Dulu Pernah Kena Hina Penulis Sampah”

  4. 4

    Cantiknya Kalian! 6 Selebriti Ini Umum Sudah Berhijab

  5. 5

    [VIDEO] Betul Ke Tentang Dajjal? Ini Fakta Lagu Welcome to the Black Parade Nyanyian MCR

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara