Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

[VIDEO] Tun Dr Siti Hasmah & Datin Seri Rosmah Mansor Hadir Memberikan Penghormatan Terakhir Buat Negarawan Malaysia!

by Jash Lee
April 16, 2025
Share on Facebook

Tun Dr Siti Hasmah binti Haji Mohamad Ali yang lahir pada 12 Julai 1926 merupakan isteri kepada bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 dan ke-7 iaitu Tun Dr Mahathir bin Mohamad.

Tun Dr Siti Hasmah merupakan salah seorang wanita melayu pertama yang memperolehi kursus perubatan di kolej perubatan King Edward VII di Singapura (kini dikenali sebagai Sekolah Perubatan Yong Loo) selepas Perang Dunia II. Beliau juga terkenal, kerana gemar bermain alat muzik terutamanya Biola dan Piano.

“Indahnya Pemergian Pak Lah, Menghubungkan Hati-Hati Yang Masih Hidup”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @messrsfaizsyukri yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 920 ribu, tanda suka sebanyak 33 ribu dan sebanyak 871 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Tun Dr Siti Hasmah yang sedang berpelukkan dengan Datin Seri Rosmah Mansor ketika berada di Masjid Negara bagi memberi penghormatan terakhir buat bekas Perdana Menteri Malaysia yang kelima iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menghembuskan nafas terakhirnya pada 14 April jam 7.10 malam di Institut Jantung Negara Kuala Lumpur.

@messrsfaizsyukri

Hari ini FSCO hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Negarawan Malaysia Pak Lah. FSCO ditemukan dengan Ibu-Ibu Malaysia, Tun Hasmah dan Datin Seri Paduka @Rosmah Mansor . Allahu sayup hati melihat kepada dua insan kuat dibelakang bekas-bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir dan Datuk Seri Najib. Apa pun pertelingkahan politik terhenti apabila kesayupan hati tersemai dek perginya seorang Negarawan terhormat seperti Pak Lah. Moga Malaysia aman sentosa dan terus mendapat RahmatNya dan Pak Lah aman di Negeri Abadi. #PakLah #PM5 #Malaysia

♬ Al I’tiraf Minus One Piano – Jahar Haiba

Rata-rata netizen sebak melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa jasa membangunkan Malaysia oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa menjadi Perdana Menteri dahulu tidak akan dapat dibalas. Tambah mereka lagi, dengan pemergian beliau kelihatan ramai personaliti bernama besar yang berkumpul bagi memberikan penghormatan terakhir buatnya itu.

Apa-apa pun, sama-sama kita doakan agar roh beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
[VIDEO] Ketibaan Tun Mahathir & Isteri Disambut Baik Rakyat Jepun-"Diorang Kenang Jasa Tun"
DATIN SERI ROSMAH MANSORtun abdullah ahmad badawitun dr siti hasmah
https://lomp.at/i5u64
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  4. 4

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

  5. 5

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara