Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Budaya Antarabangsa

Sekitar Sambutan Diraja Untuk Presiden China Di Istana Negara

Malaysia dan China telah menjalinkan hubungan diplomatik dari tahun 1974 lagi

by Arsiqin Yusof
April 17, 2025
Share on Facebook

Dalam suasana penuh adat dan kemegahan, Preside China ,Xi Jinping, menerima sambutan rasmi daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, di Istana Negara. Sambutan ini bukan sekadar upacara protokol, tetapi satu simbol persahabatan yang telah terbina selama 50 tahun antara dua negara besar di Asia.

Suasana Majlis: Penuh Hormat dan Budaya

Xi Jinping tiba di Istana Negara pada jam 10.30 pagi, disambut dengan perbarisan kehormat oleh Angkatan Tentera Malaysia diringan lagu kebangsaan kedua-dua negara disusuli tembakan meriam 21 das daripada 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja.

Majlis ini turut menyaksikan keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang menerima kunjungan hormat tersebut dengan penuh istiadat. Kedua-dua pemimpin saling bertukar-tukar senyuman dan pandangan mesra sebelum melangkah masuk ke dalam istana untuk sesi menghadap rasmi.

Turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta Menteri-Menteri Kabinet.

Diplomasi dan Masa Depan Bersama

Sesi menghadap di Istana Negara bukan sekadar majlis pertemuan biasa. Ia membuka ruang perbincangan strategik antara dua negara yang semakin akrab dalam pelbagai sektor daripada perdagangan, pelaburan, teknologi, pendidikan hinggalah ke pertukaran budaya.

Lawatan kali ini menandakan kunjungan rasmi kedua Xi Jinping ke Malaysia dalam tempoh 12 tahun, selepas kunjungan terakhir pada 2013 yang menyaksikan kedua-dua negara meningkatkan hubungan diplomatik kepada Perkongsian Strategik Komprehensif.

Wisma Putra dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan Xi Jinping yang diiringi menteri-menteri kabinet dan pegawai kanan kerajaan juga dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Anwar Ibrahim untuk membincangkan kerjasama dua hala serta saling bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.

Airbnb Dedah Malaysia Negara Paling Dikunjungi oleh Tetamu Airbnb Tempatan Pada 2024

Antara Protokol dan Sejarah

Sambutan di Istana Negara ini mengangkat martabat hubungan dua negara ke tahap tertinggi. Ia juga mencerminkan bagaimana China melihat Malaysia sebagai rakan serantau yang penting, terutama dalam konteks ASEAN dan kerjasama serantau seperti Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

Tahun ini menyaksikan lebih banyak projek kerjasama sedang dibangunkan antara kedua-dua negara, termasuk sambungan rel ECRL, pelaburan dalam teknologi hijau, serta usaha untuk menggalakkan pertukaran pelajar dan pelancong antara dua budaya.

Lawatan oleh Jinping adalah sebahagian daripada siri Lawatan Negara pertama Presiden China itu pada tahun ini yang turut merangkumi Vietnam dan Kemboja. China kekal menjadi rakan dagangan terbesar Malaysia selama 16 tahun berturut-turut sejak 2009, Jumlah dagangan antara kedua-dua negara bernilai RM484.12 bilion pada 2024, mewakili 16.8 peratus daripada jumlah keseluruhan dagangan global Malaysia (RM2.88 trilion).

Lawatan Penuh Makna

Sambutan rasmi di Istana Negara bukan sekadar tradisi diplomatik, ia adalah pernyataan kepada dunia bahawa Malaysia dan China bersedia untuk melangkah ke fasa baharu dalam hubungan dua hala. Dengan asas kukuh selama 50 tahun dan pelbagai projek strategik di hadapan, masa depan hubungan Malaysia-China kelihatan lebih cerah dan penuh potensi.

Kalau melihat senyuman pada wajah kedua-dua pemimpin di Istana Negara tadi, jelas — ini bukan sekadar lawatan, tapi lambang kepercayaan dan persahabatan jangka panjang.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
ChinaMalaysiaperdagangan
https://lomp.at/ppobe
Share3Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem