Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

[VIDEO] “Pengguna Tak Bodoh, Tak Perlu Overclaimed”- Puteri Balqis

Kalau produk tak bagus, tak payah cut bila orang bagi review jujur.

by Arsiqin Yusof
April 21, 2025
20
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon muda, Puteri Balqis Ashikin, sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila beliau tampil dengan suara tegas menegur segelintir penjual produk tempatan yang didakwanya membuat tuntutan keterlaluan (overclaim) terhadap produk mereka. Dalam video TikTok yang dimuat naik di akaun rasmi beliau, @morosechildofficial, Puteri Balqis meluahkan kekecewaannya terhadap budaya promosi tidak beretika yang semakin berleluasa, khususnya di platform media sosial.

Paksa Kata Produk Bagus

Dalam video berdurasi lebih dua minit itu, Puteri Balqis secara lantang mempersoalkan bagaimana sesetengah pengusaha produk boleh sewenang-wenangnya mendakwa produk mereka mampu memuaskan hati dan keperluan semua pengguna.

@morosechildofficial

Local products, take note. #reviewjujurnakmam

♬ original sound – Puteri Balqis Ashikin – Puteri Balqis Ashikin

Beliau menyatakan dengan nada marah tetapi jelas:

“Penat tau overclaimed, produk tak bagus tapi overclaimed. Moisturizer tak glow tapi korang paksa suruh kitorang buat bagi glow. Penat tau nak cari cara bagi dia glow tu. Kalau moisturizer tu lightweight buat cara lightweight sebab netizen tak bodoh.”

Kenyataan ini menerima sokongan meluas daripada netizen yang bersetuju bahawa banyak penjual tempatan semakin melampau dalam pemasaran demi keuntungan semata-mata.

“Jangan Minta Orang Buat Review Jujur Kalau Korang Cut…”

Puteri Balqis, yang kini berusia 18 tahun, juga mendedahkan bahawa beliau penat dan sering bergaduh bersama rakan bertugas hanya untuk mempromosikan beberapa produk tempatan yang tidak puas hati terhadap reviewnya.

“Kitorang dah penat, tiga hari tak tidur kitorang jenis test produk, book eksklusif restoran dan banglo mewah untuk shoot produk, lepastu kena reshoot sebab benda bodoh”_ ujarnya.

Tindakan tegas ini menunjukkan tahap kematangan dan kesedaran beliau sebagai seorang figura awam muda yang memahami beban tanggungjawab terhadap masyarakat. Menolak untuk memenuhi kehendak pelanggan, Puteri Balqis memilih untuk tidak menipu pengikut dan peminatnya.

Teguran Buat Semua – Penjual dan Pengguna

Menurut Puteri Balqis, tanggungjawab bukan hanya terletak pada penjual, tetapi juga pengguna yang sering terpedaya dengan janji manis tanpa menyelidik terlebih dahulu. Dalam dunia di mana pemasaran sering menutup mata masyarakat daripada realiti, beliau menyeru agar rakyat Malaysia menjadi pengguna yang lebih bijak dan kritikal.

“Untuk local produk, kalau produk korang RM50 buat cara RM50, kalau produk RM30 buat cara RM30. Netizen tak bodoh, diorang pun cuba banyak produk.”

Netizen: “Berani, Bijak dan Berprinsip”

Video tersebut telah mendapat ribuan tontonan dan reaksi positif daripada para pengguna TikTok. Ramai yang memuji keberanian Puteri Balqis dalam menyuarakan isu ini secara terbuka. Ada yang menyifatkan beliau sebagai “suara generasi muda yang bijak dan tidak mudah dijual beli”, sementara ada juga yang berkata, kalau ramai artis macam dia, industri kita lebih bersih.

“Aqish and troy ling the best reviewwww product jujur”

“Akhirnya bersuara penat erkk kena tipu dengan review hahahhahaha”

“Hahaha I feel you aqish! I’ve rejected a number of products.Merapu suruh overclaim. Ada juga yang suruh kita menipu”

“Luv sangat this content Puteri Balqis. Jujur is the best. I trust her reviews”

“louder aqish!! im sick of these people using someone yg skin flawless gila untuk promote product diorg padahal org tu tk tau pon product tu.”

“review yg jujur duit dpt pun berkat..tq aqish bersuara tntg isu nie”

Puteri Balqis membuktikan bahawa usia muda bukan penghalang untuk bersuara dan bertindak secara beretika. Kritikan terbuka beliau terhadap penjual produk tempatan yang membuat dakwaan berlebihan merupakan satu teguran penting buat industri tempatan agar lebih bertanggungjawab, telus, dan tidak menjadikan kesakitan atau kepercayaan orang ramai sebagai peluang untuk mengaut untung.

Dunia sudah cukup sarat dengan penipuan, dan suara seperti Puteri Balqis adalah satu sinar dalam kekalutan itu. Semoga mesej beliau membuka mata lebih ramai rakyat Malaysia untuk lebih berhati-hati dan untuk pengusaha produk tempatan pula, biarlah keberkesanan produk dibuktikan dengan fakta, bukan sekadar skrip iklan dan kepuasan anda.

Terlalu Berjuang Bawa Watak Sangat Berat, Puteri Balqis Stress Sehingga Rambutnya Beruban
kosmetikmakeupoverclaimedputeri balqis
https://lomp.at/o3m1j
Share8Tweet5SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem