Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

“Terima Kasih Kerana Sentiasa Membuat Kami Bangga!” – Kemunculan Shila Amzah Di Beijing Raih Pujian Warganet

by Aphit J.
April 20, 2025
179
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi tersohor, Shila Amzah, sekali lagi membanggakan negara apabila tampil memukau di pentas 15th Beijing International Film Festival yang berlangsung di Beijing, China.

Membuat Persembahan Istimewa

Dalam acara penuh prestij itu, Shila diberi penghormatan membuat persembahan istimewa dengan menyanyikan dua buah lagu.

Satu daripadanya adalah lagu didalam bahasa Inggeris dan satu lagi lagu Mandarin secara duet bersama penyanyi terkenal China, Sun Nan.

Persembahan Shila telah berjaya memikat hati penonton dengan lontaran vokalnya yang mantap serta penuh emosi.

Cetus Reaksi Positif

via Instagram Shila Amzah

Penampilannya di pentas juga tidak kurang hebat apabila beliau mengenakan busana hijau elegan yang menyerlahkan keanggunannya dan karisma sebagai artis antarabangsa.

Antara lagu yang menjadi sorotan adalah “La Vie en Rose” yang disampaikan Shila dengan penuh penghayatan dan kawalan vokal yang luar biasa.

Kehadiran Shila di acara tersebut turut mencetuskan reaksi positif dalam kalangan warganet dan peminat di media sosial.

Warganet Mendoakan Kejayaan Shila

Ramai yang meluahkan rasa bangga dan kagum dengan pencapaian Shila, sambil mendoakan kejayaan beliau terus berkembang, terutamanya dalam industri hiburan China.

Sekadar rekod, Shila mula mencipta nama di China selepas menjuarai pertandingan realiti nyanyian Asian Wave pada tahun 2012.

Sejak itu, beliau terus aktif membina kerjaya di rantau tersebut.

Pada tahun 2016, Shila turut diberi kepercayaan oleh Tourism Malaysia sebagai Duta Pelancongan bagi memperkukuh hubungan kebudayaan dan pelancongan antara Malaysia dan China.

Kejayaan terbaharu ini membuktikan bahawa Shila bukan sahaja memiliki bakat luar biasa, tetapi juga daya tarikan global yang menjadikannya antara artis Malaysia paling berpengaruh di arena antarabangsa.

What’s your Reaction?
+1
1
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
[VIDEO] Shila Amzah Pertama Kali Ke Kedai 'Berhantu', Netizen Terhibur!-"Habis Laa Shila Dah Tahu Tempat Ni..."
shila amzah
https://lomp.at/v07bz
Share72Tweet45SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem