Penyanyi tersohor dan Biduanita negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!
Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.
“Masa Bagi Salam Tu Comel, Sampai Tengok Kawan Belakang Hahaha”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Tokti yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 269 ribu, tanda suka sebanyak 14 ribu dan sebanyak 419 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Afwa yang menjadi imam solat semasa beliau belajar tatacara solat disekolahnya itu.
@toktitiktok Sannah helwah anakku intan payung.. Bertambah usia Afwa , ibu doakan anak ibu Afwa ,Allah swt kurniakan iman yang tinggi , setiap hari tumbuh menjadi anak yang soleh, bijak dalam setiap tindakan dan pertuturan, fasih membaca Al Quran dan di jaga Allah swt sentiasa ketika ibu tiada disisi.. Di sayangi seluruh makhluk Allah di langit dan bumi, di takdirkan kehidupanmu dengan takdir yang baik, sentiasa beradab, di ilhamkan dengan ilham yang luarbiasa .. Jauhkan dari segala keburukan dunia serta Akhirat .. Dewasa kelak menjadi pemimpin yang baik dalam kerjaya & kehidupan..Bermanafaat kepada manusia lain dan menjaga serta berbakti dengan ayah ibu bila kami sudah tua . Jangan lupa sentiasa doakan Ayah Ibu bila kami sudah tiada .. Aamin ya rabb.. #sannahhelwahAfwa #masyallahtabarakallah #Afwaintanpayung #Afwa4tahun
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Afwa seorang kanak-kanak yang berani tampil kehadapan untuk menjadi imam solat.
Apa-apa pun, semoga Afwa membesar menjadi anak soleh yang taat pada agama dan ibu bapanya itu. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.
Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.