Friday, July 11, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

[VIDEO] Duda Hot, Fattah Amin Cairkan Hati Netizen Wanita

by Arsiqin Yusof
April 22, 2025
100
KONGSIAN
Share on Facebook

Sejak sah bercerai dengan pelakon Nur Fazura pada Oktober 2024, Fattah Amin, 34, menjadi tumpuan ramai apabila digelar sebagai “duda hot” oleh netizen. Gelaran ini timbul selepas beliau kembali aktif di media sosial, termasuk siaran langsung di TikTok yang mendapat sambutan hangat daripada peminat wanita.

Baru-baru ini, Fattah telah memuat naik sebuah video di laman akaun TikTok, menunjukkan dirinya kelihatan santai dan bergaya telah menarik perhatian ramai netizen wanita yang memuji penampilannya. ​

@fattahamin

Kaku kali yaa.. ?

♬ suara asli – Eka Gustiwana – Eka Gustiwana

Menjengah ke ruangan komen, hampir keseluruhan komen dibanjiri oleh netizen wanita yang terpesona dengan penampilan Fattah. Apa yang lebih menghiburkan adalah yang meninggalkan komen adalah wanita yang sudah pun berkahwin.

“Suami aku lgi hensem ya Allah, suami aku lgi hensem”

“Bos dah start tanya asal ulang ulang lagu ni. geram betulll dengan senyuman tu. kahwin jom?”

“Anak aku tanya, knp lagu ulang2 ibu, ibu tengah cuci mata nak.”

“Syafiq kyle dah kahwin , tenguk fattah amin je laa sekrang ni”

“Suami aku tanya kenapa ulang ulang lagu ni ”

“Tengah cari komen bini”

Ramai juga netizen mengatakan bahawa Fattah Amin mempunyai pesonanya yang tersendiri lebih-lebih lagi selepas memegang status duda. Pembawaan diri yang lebih kemas dan berkarisma menunjukkan dirinya semakin stabil dan bahagia.

“Seronok tgk Fattah skrg..berbeza dulu..skrg MCM dia dh JD diri dia sendiri..n dh x control2  masing2 blh bhgia dgn cara sendiri..keep fly Fattah amin”

“masa dgn fazura knapa aura segak tu hilang tak minat nak ikuti tapi sekarang ni fyp ja muka kau fatah acik ulang2”

“nmpk bahagia fattah sejak kebelakangan ni yer”

“Tak payah buat caption sindir², abg long nampak ceria setelah dpt title duda. Move on & move forward brader ”

“Lain dah ea fattah sekarang, kemain tau fefeeling hindustan gituuu”

Gelaran “duda hot” yang diberikan oleh netizen bukan sekadar gurauan, tetapi mencerminkan populariti Fattah yang semakin meningkat selepas kembali solo. Sokongan padu daripada peminat membuktikan bahawa beliau masih relevan dan diminati dalam industri hiburan tanah air. Kini, beliau sedang hangat diperkatakan sedang bersama dengan penyanyi Amira Othman.

Apa-apa pun kita doakan yang terbaik buat Fattah Amin.

Tak Mahu Kongsi Lebih, Amira Othman Nafi Bakal Bernikah Dengan Fattah Amin
Amira Othmanbergayafattah aminhandsome
https://lomp.at/j9e3b
Share40Tweet25SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  2. 2

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    [VIDEO] Berlaku Kasar Terhadap Staf Konsert, Sikap BLACKPINK Jennie Dicemuh Ramai

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem