Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Kenyataan Jofliam Tentang Epidural Dikecam, Elisya Sandha Anggap Sebagai Penghinaan

by Aphit J.
April 29, 2025
Share on Facebook

Satu video yang dimuat naik dimedia sosial mengenai temubual bersama pelakon Elisya Sandha telah mencuri perhatian warga net.

Luah Rasa Kecewa

Dalam video tersebut, Elisya meluahkan rasa kecewa terhadap kenyataan pempengaruh dan usahawan, Jofliam, yang sebelum ini menyifatkan pengambilan suntikan epidural ketika bersalin sebagai ‘cheat code’.

Bagi Elisya, kenyataan itu bukan sahaja tidak sensitif, malah merupakan satu penghinaan terhadap wanita yang sedang atau pernah melalui proses melahirkan anak.

Menurut Elisya, seorang lelaki seperti Jofliam tidak akan pernah memahami perit jerih seorang wanita ketika hamil dan melahirkan anak.

Agar lebih Berhati-Hati Dengan Kenyataan

via TikTok F8Buzz

Oleh itu, beliau menasihatkan agar lelaki lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan dan menghormati pilihan wanita, terutamanya dalam hal yang berkaitan dengan kesihatan dan tubuh badan mereka.

Kalau tak tahu, tanya. Sama ada ibu, isteri atau kawan sendiri. Jangan mudah jatuhkan hukum.

Zaman sekarang, kita sepatutnya saling menyokong, bukan merendahkan.

Elisya yang kini sedang hamil anak kedua menegaskan bahawa melahirkan anak dengan atau tanpa epidural tetap memerlukan kekuatan fizikal dan mental yang luar biasa.

Bukanlah Jalan Pintas

Baginya, penggunaan epidural bukanlah jalan pintas atau kelebihan yang tidak adil, tetapi satu bentuk bantuan perubatan yang sah dan wajar digunakan mengikut keperluan.

Terdahulu, tular perbualan di media sosial yang menunjukkan Jofliam melabel epidural sebagai ‘cheat code’, sekali gus mengundang kemarahan ramai, khususnya dalam kalangan ibu dan bakal ibu.

Selepas dikecam hebat, Jofliam akhirnya tampil memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak yang tersinggung.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
"Next week pulangkan Han&Yuki aku nak semua ni sekali"- Cik Epal Minta Bekas Suami Pulangkan Barangnya Cecah RM5K
elisya sandhaJofliam
https://lomp.at/5x1xr
Share4Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem