• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

[VIDEO] Pernah Kerja Dengan CheTa & TokTi – Bekas Pengurus Khianati LELA TETE

Dianggap macam keluarga sendiri tapi dibalas dengan kekecewaan

by Arsiqin Yusof
May 2, 2025
18
KONGSIAN
Share on Facebook

Siapa yang tidak mengenali figura cantik manis dan mesra, LELA TETE yang merupakan seorang model dan pempengaruh terkenal dengan video review di kedai-kedai tempatan.

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila Lela memuat naik video beliau membuat laporan polis terhadap bekas pengurusnya yang dipercayai telah menipu dan mengambil wang pelanggan secara haram. Lela bertindak memuat naik video bagi membela dirinya yang dikatakan scammer dan berharap agar pengikutnya yang menjadi mangsa menghubunginya dengan segera.

@lelatete

♬ original sound – LELA TETE – LELA TETE

Tampil Memberi Penjelasan 

Lela mengambil keputusan untuk membuat siaran langsung di akaun TikTok miliknya pada malam semalam untuk menceritakan kisah sebenar yang terjadi. Nama dan identiti pelaku dirahsiakan oleh Lela menunjukkan bahawa tujuan live tersebut bukanlah untuk membalas dendam atau memalukan bekas pengurusnya itu, beliau hanya ingin berkongsi dan menjadikan dirinya sebagai pengajaran buat pengikut agar tidak mudah mempercayai sesiapa.

“Benda ni terjadi pada 9 April di Butik Dalila apabila mereka ingin buat baki bayaran tapi yang terkejut bayaran tu ke akaun pengurus saya. Bila tengok invoice memang invoice company saya tapi dia edit tukar letak nombor akaun dia.”

“Balik ja dari Dalila Butik, Lela terus pergi rumah dia ambil telefon company yang dia pegang. Tapi segala bukti pembayaran dan conversation dengan customer dia dah padam. Dia langsung tak cakap apa pun, takda minta maaf, takda rasa bersalah.”

“Dia siap cakap dengan bangga, kalau dah hilang percaya boleh cari orang lain. Aku masih sabar” tambah Lela

“Aku layan dia lebih dari layan mak aku sendiri tau…”

Lela menjelaskan bahawa bekas pengurusnya itu pernah berkhidmat kepada selebriti terkenal Rozita Che Wan dan biduanita negara Siti Nurhaliza, disebabkan itu lah Lela mengambil keputusan untuk menerimanya bekerja namun kesal selepas apa yang berlaku rupanya bekas pengurusnya juga membuat perkara yang sama kepada mereka.

“Aku lepas selidik baru tau benda tu, sebab sebelum ni memang tak ambil tau. Kalau tau pun aku ambil juga dia kerja sebab dia buat kerja memang bagus, kot dia berubah ka kan tapi tak sangka jadi laguni…”

“Sakit ya bila orang yang paling kita sayang, yang dia selalu kata kita macam anak dia buat kita macam ni. Macam-macam aku bagi kat dia sampai mak aku terasa hati dengan aku”

“Putar belit kata dia yang bina LELA TETE!”

Tanpa bersalah, bekas pengurusnya itu ‘claim’ kononnya Lela boleh berasa kesenangan kini adalah berkat pertolongannya. Lela menjelaskan bahawa dirinya telah mula membuat review 3 tahun lalu. Dia mula berkerjasama dengan pengurusnya bermula 8 bulan yang lepas. Masa yang singkat untuk Lela membina nama setara ini.

“Dia jadi manager aku baru lapan bulan. Aku buat review ni dah 3 tahun. Dia hadir lepas aku memang dah ada nama, cuma aku masih perlukan sedikit support untuk naik lagi.”

“Hang tau susah aku, payah aku. Hang tau penat nya aku macam mana. Hang orang yang nampak semua aku buat sebab hang urus aku. Sampai hati hang buat aku laguni”

Kini, LELA TETE terpaksa menanggung kerugian akibat perbuatan bekas pengurusnya itu dan sedaya upaya untuk membersihkan namanya kembali dengan membuat review secara percuma kepada mangsa. Lela menyeru kepada semua premis dan pelanggan yang menjadi mangsa dan sudah membuat bayaran untuk menghubunginya beserta bukti invoice pembayaran

Cik B Bengang Dengan Scammer Salmon Skin Salted Egg!- "Buy One Free One Tapi Dapat Mister Potato"
lela tetepengurusreviewscammer
https://lomp.at/r9ec7
Share7Tweet5SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Lokal

Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

by Naddy Joe
January 20, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming tampil memberikan penjelasan terhadap komen salah seorang netizen yang mempersoal masalah gangguan teknikal yang berlaku...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak Perdana Menteri mengumumkan perubahan umur kemasukan ke pra sekolah dan Tahun 1 bermula tahun hadapan, suasana di media sosial...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Dalam masyarakat kita, isu gelaran atau panggilan kepada individu berdasarkan rupa bentuk badan atau penampilan sering menjadi topik sensitif. Apa...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Azmin Ali Titip Ucapan Manis Buat Anak Lelaki, Kini Suami Kepada Cucu Bekas PM

by Phic ARMAN
January 27, 2026

Malam penuh berseri dan sarat emosi. Itulah suasana yang mengiringi Majlis Resepsi pasangan mempelai, Sara Sabrina dan Mohamed Yusuf Al...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  2. 2

    Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

  3. 3

    Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    Azmin Ali Titip Ucapan Manis Buat Anak Lelaki, Kini Suami Kepada Cucu Bekas PM

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore