Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

[VIDEO] Gelagat Isteri Sufian Suhaimi Curi Tumpuan Netizen- ‘He Force Me’!

by Arsiqin Yusof
May 5, 2025
Share on Facebook

Siapa tidak mengenali penyanyi lagu galau Malaysia, Sufian Suhaimi yang baru sahaja menamatkan zaman bujang bersama wanita pilihan Rania Al Sadat pada jumaat lalu. Penyatuan itu berlangsung secara tertutup di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dengan sekali lafaz.

Pada hari yang bahagia itu, satu video TikTok dimuat naik oleh pengguna @raniabubbles telah mencuri perhatian ramai apabila memaparkan gelagat comel pasangan pengantin baru, Sufian dan isterinya.

@raniabubbles

he forced me

♬ Originalton – pandas_photo

Dalam video tersebut, pasangan itu dilihat sedang merakam video TikTok bersama dengan gaya mesra dan penuh gurauan. Namun, apa yang paling mencuri tumpuan ialah reaksi si isteri yang kelihatan malu-malu dan sedikit kekok, tetapi tetap melayan kerenah suaminya dengan manja.

Sambil tersenyum sipu-sipu, si isteri sempat bergurau dengan kapsyen, “He force me,” seolah-olah ingin memberitahu bahawa dia ‘dipaksa’ untuk turut serta dalam video tersebut. Ayat spontan itu ternyata mengundang tawa dan reaksi positif daripada netizen yang rata-ratanya terhibur dengan keletah mereka.

“Comelnya isteri dia! Nampak pemalu tapi sporting,”

“Hahaha ‘he force me’ tu win! Sweet sangat pasangan ni,”

“Cantik sangat si Rania ni”

“Korang lelaki kalau putus jangan sedih, Allah nak bagi yang lebih baik”

“Cantik betul weih bini dia”

“Dah la canti, malu-malu pulak dia”

“Cantik sangat si Rania ni”

Wajah isteri Sufian juga mendapat pujian ramai kerana bukan sahaja kelihatan cantik secara semula jadi, tetapi juga membawa aura yang lembut dan sopan — sesuatu yang jarang dilihat dalam video-video pasangan muda masa kini.

Sejak dimuat naik, video berkenaan telah meraih ribuan tontonan dan tanda suka. Rata-rata netizen menyatakan rasa terhibur melihat pasangan tersebut dan mendoakan agar rumah tangga mereka kekal bahagia hingga ke Jannah.

Menariknya, pasangan ini pernah melalui fasa putus tunang sebelum mereka akhirnya kembali bersama dan mendirikan rumah tangga. Kisah cinta mereka yang penuh liku itu menjadikan momen ini lebih manis dan bermakna buat kedua-duanya. Ramai yang menganggap hubungan mereka sebagai bukti bahawa jodoh itu tidak ke mana, jika benar ditakdirkan bersama.

Tidak dinafikan, dalam era media sosial hari ini, pasangan seperti Sufian dan isterinya menjadi inspirasi kepada ramai kerana menunjukkan sisi manis perkahwinan yang santai tetapi tetap sopan dan menyenangkan untuk ditonton.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
kahwinrania al sadatsufian suhaimi
Share3Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Eddie G & Chubb-E, Serangan Radikal
Spotlight

Eddie G & Chubb-E Bergabung, Lancar “Serangan Radikal”

by Nurul A.
September 22, 2026

Industri muzik hip-hop tempatan dimeriahkan dengan pelancaran single terbaharu berjudul “Serangan Radikal”, yang menampilkan gabungan dua artis hiphop iaitu Eddie...

Read moreDetails
Ultra Kalcer Malaysia 2026
Spotlight

Ultra Kalcer Malaysia 2026 Kumpulkan 19 Artis, Ada Hindia, Fugo, Naykilla Hingga Kris Dayanti!

by Nurul A.
September 19, 2026

Festival muzik, Ultra Kalcer Malaysia 2026 bakal menggabungkan sembilan belas penyanyi terkenal dari Indonesia dan Malaysia berkongsi pentas menggegarkan KL...

Read moreDetails
Yobe Crafted x ALPHA
Spotlight

Beraksi Di Cawangan Tuah 1895 BBC, Peminat Teruja ALPHA Jadi Duta Pertama Yobe Crafted

by Nurul A.
September 4, 2026

Yobe (Yoghurt Beku) Malaysia, jenama yogurt sejuk beku dan pencuci mulut tempatan baru-baru ini melancarkan Yobe Crafted, cawangan berkonsep baharu...

Read moreDetails
Khairul Aming Rembayung
Spotlight

“Cik Buat Dua Separate Booking”- Khairul Aming Ulas Isu Gabung Meja Rembayung

by Nurul A.
October 21, 2026

Nama usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming atau mesra disapa sebagai KA, terus menjadi bualan. Dan kali ini disebabkan oleh seorang...

Read moreDetails
Foto - @izaraaishahofficial (IG)
Spotlight

“Lesti, Saya Mohon Maaf Atas Adab Saya”- Izara Aishah

by Nurul A.
October 20, 2026

Pelakon Izara Aishah mencuri perhatian selepas menegur pasukan penyanyi Indonesia, Lesti Kejora secara terbuka di platform Threads baru-baru ini. Menyedari...

Read moreDetails
Foto - @rizmanruzaini (IG) / @silxntrosx_ (Threads)
Spotlight

[VIDEO] Mak Cik Terlebih Mesra, BFF ‘Ban’ Tetamu Cium Bella Astillah

by Nurul A.
October 26, 2026

Tindakan seorang wanita menarik leher Bella Astillah untuk mencium pipinya baru-baru ini telah mencuri perhatian ramai. Menerusi video yang tular...

Read moreDetails
Meerqeen
Spotlight

[VIDEO] Pengakuan Meerqeen Kahwin Buat Ramai Terkejut- “Sumpah, Dah 2 Tahun”

by Nurul A.
October 22, 2026

Pelakon Meerqeen menjadi bualan ramai selepas membuat pengakuan mengejut mengenai status perkahwinannya. Pengakuan itu dibuat semasa menjadi tetamu dalam podcast...

Read moreDetails
pu riz, anjing, haris ismail
Spotlight

Cadangan PU Riz Henti Pelihara Anjing Tuai Kecaman -“Saya Personally Tak Suka Anjing”

by Nurul A.
September 11, 2026

Pendakwah bebas PU Riz, atau nama sebenarnya Haris Ismail kembali menjadi bualan ramai selepas menyuarakan pendapat peribadinya mengenai pemeliharaan anjing...

Read moreDetails
Anak Najib Razak
Spotlight

Anak Kongsi Luahan Najib Razak- “Daddy Tak Sangka Ramai Sanggup Sumbang”

by Nurul A.
September 24, 2026

Perkongsian anak perempuan bekas Perdana Menteri iaitu Nooryana Najwa baru-baru ini mengenai bapanya, Datuk Seri Najib Razak (DSN), telah mendapat...

Read moreDetails
Foto - @absolutbazaar (IG) / @heize80s (Threads)
Spotlight

Isi Surat Chester Bennington Untuk Siti Nurhaliza- “Dear Ms Siti…”

by Nurul A.
September 21, 2026

Selepas dua dekad tersimpan rapi, sepucuk surat daripada mendiang vokalis kumpulan Linkin Park, Chester Bennington untuk Biduanita Negara, Datuk Seri...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Petua Orang Dulu, 3 Bahan Ini Boleh Lebatkan Kembali Rambut Yang Gugur

  2. 2

    [REVIEW] Kudrat 1968: High Council, Ada Beberapa Perkara Yang Kurang Kena

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara