BMW Motorrad Malaysia baru saja menggegarkan dunia permotoran tempatan dengan pelancaran dua motosikal baharu: BMW F 900 XR Baharu dan BMW R 12 nineT Serba Baharu. Dua gaya berbeza, dua jenis penunggang – tapi satu matlamat: tunggangan penuh gaya dan teknologi terkini.
BMW F 900 XR – Untuk Si Kaki Jalan Jauh
Kalau anda jenis suka “ride” jauh-jauh, cari kelajuan dan keselesaan sekali gus, F 900 XR ni memang padan dengan jiwa. Dengan enjin 2-silinder berkuasa 105 hp, motosikal ni mampu pecut 0-100 km/j dalam hanya 3.6 saat – lajunya bukan main!
Nak tunggang lama pun tak letih, sebab ia datang dengan pelbagai ciri praktikal macam:
- Pemanas pemegang (tak sejuk tangan kalau ride waktu pagi),
- Kawalan pelayaran (cruise control) untuk perjalanan jauh,
- Lampu LED adaptif dan sistem brek canggih ABS Pro, sesuai untuk selekoh-selekoh tajam.
Reka bentuk pun mantap – warna Racing Blue/Lightwhite, rim merah, dan spoiler enjin biru buat nampak sporty habis. Tambah lagi, berat pun dah dikurangkan 3 kg dari model lama. Lagi ringan, lagi lincah!
BMW R 12 nineT – Klasik Tapi Tak Ketinggalan Zaman
Kalau anda pula jenis yang suka gaya retro tapi masih nak rasa kuasa dan teknologi moden, R 12 nineT ni confirm buat anda jatuh hati. Ia tampil dengan rupa roadster klasik tapi berjiwa moden.
Enjin boxer 1,170cc tu menghasilkan 109 hp dan tork 115 Nm – cukup untuk rasa ‘kick’ waktu throttle dipulas. Sama macam F 900 XR, model ni pun boleh pecut 0-100 km/j dalam 3.6 saat dan capai kelajuan lebih 200 km/j.
Antara ciri menarik:
- Tangki aluminium dengan kemasan logam berus – classy habis.
- Fork terbalik & brek cakera berkembar, bagi kawalan padu.
- Mod tunggangan Rain, Road & Dynamic – boleh sesuaikan dengan cuaca dan gaya anda.
- Dari segi warna, ia datang eksklusif dalam Black Storm Metallic – minimalis, elegan, dan bergaya.
Harga & Pelan Pembiayaan
Nak tahu harga? Ini dia:
- BMW F 900 XR: RM 82,500
- BMW R 12 nineT: RM 124,500
Kalau nak guna pelan ansuran, anggaran bulanan bermula dari RM 1,158 untuk F 900 XR dan RM 1,738 untuk R 12 nineT (berdasarkan pinjaman 90% selama 7 tahun). Siap dengan waranti 3 tahun dan bantuan tepi jalan. Sama ada anda sukakan gaya agresif moden atau tampilan retro klasik, BMW kini ada sesuatu untuk semua jenis penunggang. Nak tahu lebih lanjut atau tengok motosikal ni depan-depan? Singgah saja laman rasmi BMW Motorrad Malaysia.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.