Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Fazura Disaman RM4.65 Juta! Ini 5 Fakta Yang Tersirat Di Sebalik Isu Tudung Ini

Pembekal Tudung Saman RM4.65 Juta! Fazura Terlibat Dalam Kontroversi Yang Boleh Mengubah Segalanya!

by Phic ARMAN
May 5, 2025
10
KONGSIAN
Share on Facebook

Tiba-tiba saja nama Nur Fazura disebut-sebut dalam kes mahkamah yang melibatkan tudung dan jumlah yang agak besar. Pelakon dan usahawan terkenal ini kini berdepan dengan saman bernilai jutaan ringgit daripada pembekal tudung. Jika masih tak faham apa yang berlaku, berikut adalah 5 perkara penting tentang kes ini yang dipetik daripada laporan FMT:

1. Pembekal tuntut RM4.65 juta dari Fazura

Syarikat Obor Holding Sdn Bhd kini sedang mendakwa Fazura dan abangnya, Ahmad Faiz, kerana gagal melunaskan bayaran penuh untuk penghantaran tudung. Sebanyak RM7.33 juta sepatutnya dibayar, namun setakat ini hanya RM2.68 juta yang telah diselesaikan. Sekarang, mereka sedang tuntut baki yang tertunggak sebanyak RM4.65 juta.

2. Nama Fazura digunakan untuk yakinkan pembekal

Dalam pertemuan awal dengan Obor Holding pada tahun 2022, Faiz telah memperkenalkan Fazura sebagai selebriti terkenal dan juga seorang usahawan yang berjaya. Reputasi Fazura yang terkenal dan kuat dalam dunia perniagaan menjadi ‘jaminan’ bahawa projek ini boleh dipercayai. Malah, mereka juga menyebut bahawa syarikat mereka mendapat sokongan daripada pihak berkuasa dan rakan perniagaan besar.

3. Pembekal dakwa janji kosong dan cek tendang

Menurut pengarah Obor Holding, Lim Boon Hai, syarikatnya sudah berusaha untuk menuntut bayaran sejak hujung 2023 tetapi gagal mendapat penyelesaian yang memuaskan. Paling mengecewakan, mereka juga menerima cek yang tak laku daripada pihak Fazura pada September 2024. Komunikasi terakhir mereka dengan pihak Fazura pula hanya berlaku pada penghujung 2024.

Topik Berkaitan [VIDEO] Fazura Persoal Pengurus Fattah 'Biar' Fatima Di Majlis Resepsi?-"Dia Bukan Objek!.."

4. Fazura letak jawatan sebagai pengarah

Fazura, bersama abangnya, turut terlibat dalam syarikat Pink Fate Sdn Bhd. Namun, dia telah meletak jawatan sebagai pengarah syarikat tersebut pada 13 Januari 2025. Tindakan ini telah menimbulkan pelbagai spekulasi, dan dalam tuntutan saman, ia dianggap sebagai usaha untuk mengelak tanggungjawab sekiranya syarikat tersebut menghadapi masalah kewangan.

5. Syarikat pembekal hadapi masalah kewangan serius

Disebabkan bayaran yang tertunggak, Obor Holding kini berada dalam keadaan kewangan yang sangat tertekan. Mereka mendakwa bahawa masalah ini memberi kesan besar kepada aliran tunai syarikat, dan kerana itu mereka terpaksa mengambil tindakan undang-undang sebagai langkah terakhir.

Kes saman ini melibatkan jumlah yang besar dan memberi impak bukan sahaja pada pihak Fazura, tetapi juga pembekal yang terlibat. Sama ada ia akan diselesaikan di luar mahkamah atau terus dibawa ke peringkat seterusnya, masih belum dapat dipastikan. Yang penting, masalah kewangan ini memberi pengajaran tentang pentingnya menguruskan kewangan dan tanggungjawab perniagaan dengan baik.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
fazuraObor Holdingsaman
Share4Tweet3SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Syamim Farid Tanya Cara Istiqamah Solat Awal Waktu, Ramai Peminat Kongsi Tips!

by Phic ARMAN
October 14, 2026

Menjaga solat pada awal waktu mungkin nampak mudah, tetapi hakikatnya ramai antara kita masih bergelut untuk melakukannya secara konsisten, lebih-lebih...

Read moreDetails
Spotlight

Lebih 300,000 Tonton Aksi Shila Amzah Di China, Tapi Kisah Di Sebaliknya Lagi Menarik

by Phic ARMAN
September 23, 2026

Apa yang akan anda buat kalau tiba-tiba diminta menyanyi bersama kumpulan muzik tradisional yang bahasanya mungkin asing di telinga? Bagi...

Read moreDetails
Tun Dr. Mahathir
Spotlight

Tun Dr. Mahathir Dimasukkan Ke IJN

by Nurul A.
September 30, 2026

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad (Tun M) dilaporkan dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) bagi menjalani pemerhatian...

Read moreDetails
Doktor Aidil derma organ
Spotlight

Doktor Sebak Dalam Dewan Bedah, Buah Pinggang & Hati Aidil Milik 3 Individu

by Nurul A.
November 20, 2026

Pemergian Allahyarham Muhammad Aidil Ahmad Zupardi, 23 tahun, bukan sahaja meninggalkan kesedihan buat keluarga, malah menjadi permulaan harapan baharu buat...

Read moreDetails
Foto - @cikepal06 (IG)
Lokal

[VIDEO] Gelagat Yuki Dengan Cik Epal Buat Ramai Yang Sebak- “Dia Rindu Tapi Tak Pandai Luah”

by Nurul A.
September 23, 2026

Sebuah video lama milik usahawan dan pempengaruh, Cik Epal (CE) bersama anaknya, Yuki kembali tular selepas dikongsi oleh seorang pengguna...

Read moreDetails
Spotlight

“All Is Well, Alhamdulillah” – Aina Abdul Kekal Positif, Anwar Titip Ucapan

by Phic ARMAN
November 15, 2026

Kejayaan penyanyi bersuara lantang, Aina Abdul meraih tempat keempat dalam Eurovision Song Contest Asia 2026 nyata membanggakan rakyat Malaysia. Malah,...

Read moreDetails
Seungri
Spotlight

Kahwin Dengan Wanita 20-An, Seungri Dedah Bakal Timang Anak Pertama

by Nurul A.
October 28, 2026

Bekas ahli BIGBANG, Seungri berkongsi telah mendaftarkan perkahwinannya dengan teman wanitanya yang berusia 20-an dan bukan dari kalangan selebriti atau...

Read moreDetails
Spotlight

Peminat Boleh Pilih Lagu & Tema? Ini 5 Fakta Konsert Ella: Sidang Penutup Yang Anda Perlu Tahu!

by Phic ARMAN
October 21, 2026

Selepas menghimpunkan lebih 70,000 peminat di Kuala Lumpur, Singapura dan Pulau Pinang, Ella bakal menutup perjalanan Majlis Tertinggi Rockqueen 2026...

Read moreDetails
Spotlight

Kagum Lihat Siti Nurhaliza Sentiasa Kuat, Nasihat Pengurus Buat Ramai Tersentuh

by Phic ARMAN
November 6, 2026

Di sebalik kejayaan dan konsistensi Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam industri seni, pastinya ada cabaran serta tekanan yang tidak diketahui...

Read moreDetails
Foto - @soganzi_51 (IG)
Spotlight

Bukan Hadiah Biasa, So Ji Sub ‘Belanja’ Peminat Taiwan Jongkong Emas!

by Nurul A.
November 11, 2026

Aktor popular Korea Selatan, So Ji Sub telah mengejutkan orang ramai dengan sikap murah hatinya. Dia bukan sahaja menghadiahkan kakitangan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    KAHA MAIDAM 2026 Kembali, Ini Tarikh Penebusan & Jumlah Bantuan Untuk Asnaf Terengganu

  2. 2

    “Hans Bila Nak Kahwin?”- Akhirnya Terjawab, Hans Isaac Bakal Kahwini Bekas Ratu Cantik Malaysia

  3. 3

    Penulis Novel ‘Suamiku Anak Mak’ Luah Rasa Kecewa,- “Dulu Pernah Kena Hina Penulis Sampah”

  4. 4

    Cantiknya Kalian! 6 Selebriti Ini Umum Sudah Berhijab

  5. 5

    [VIDEO] Betul Ke Tentang Dajjal? Ini Fakta Lagu Welcome to the Black Parade Nyanyian MCR

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara