Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Personaliti

[VIDEO] Ridz Okumura Dedah 13 Tahun Arwah Isteri Simpan Duit Anak Dalam Sampul

Duit semua masuk dalam tabung haji

by Arsiqin Yusof
May 6, 2025
32
KONGSIAN
Share on Facebook

Pemergian arwah pempengaruh terkenal Akiko Okumura pada Februari lalu masih dirasai oleh pengikutnya. Pemergian arwah meninggalkan kesan yang mendalam terutama bagi suami, Ridz Okumura dan anak, Sky Taizo Okumura.

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila Ridz Okumura menunjukkan sampul duit anak mereka yang masih berisi wang tunai disimpan rapi oleh arwah isteri. Video yang dimuat naik oleh @umairah.qt telah menerima pelbagai reaksi netizen.

“Dari umur 1 tahun sampai 13 tahun semua sampul ni tak pernah bukak pun…”

Arwah Akiko begitu amanah terhadap semua duit pemberian kenalan terhadap anaknya. Ridz turut berkata dalam video tersebut bahawa arwah tidak mengizinkan sesiapa untuk sentuh sampul tersebut.

“Arwah mak dia tak bagi abang usik duit ni. Arwah tahu siapa yang bagi tiap sampul ni, abang sendiri pun tak tau siapa…”

@umairah.qt

Bagus @Ridz Okumura 02 simpan untuk sky pergi Haji dah besar nanti ?? #ridzokumura #skyokumura

♬ original sound – Umairah.qt ⋆。°?ྀི.⊹₊ ⋆ – Umairah.qt ⋆。°?ྀི.⊹₊ ⋆

“Abang kena buka, nak masuk dalam akaun Tabung Haji Sky…”

Menepis dakwaan netizen yang berkata sampul yang dikumpul adalah kosong, Ridz Okumura membuka sampul di siaran langsung tersebut yang sememangnya mempunyai isi wang.

Ridz juga sememangnya sebelum ini arwah isterinya yang menyimpan amanah itu, namun beliau menyatakan harus membuka sampul tersebut untuk dimasukkan ke dalam akaun tabung haji Sky supaya anak mereka mempunyai simpanan awal untuk menunaikan Haji.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyokong tindakan Ridz kerana bimbang jumlah wang tunai yang banyak agak bahaya jika disimpan di dalam rumah. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku tanpa dijangka, jadi adalah lebih baik jika wang tersebut di simpan di dalam akaun. Ramai juga netizen masih mengenang jasa arwah yang amanah kerana tidak usik dan menyimpan duit hak anaknya dengan cermat.

“Alhamdulillah Murah rezeki sky, arwah mommy pun bagus betul gigih simpankan duit raya sky Camtu. Btul bang simpan dlm TH utk sky.”

“Bagus mak sky xusik pn duit ank.hak anak tetap hak anak”

“Sebaiknya kena buka jgk, tkt lg lama nt anai2 makan pulak”

“Ye bagus Simpan dlm tabung haji untuk masa depan dia.”

“Detail betul arwah akiko nie”

“Elok la tu buka Buku tabung haji, simpan situ duit tu lebih selamat”

“Simpan tempat yg selamat.. masuk TH pon dh bertahun2 ada dividen byk jgk”

Untuk makluman, arwah Akiko dan Ridz Okumura telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2009. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Sky Taizo Okumura. Namun, hubungan mereka tidak kekal lama apabila arwah Akiko disahkan meninggal dunia pada 28 Februari akibat terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di Subang Jaya, Selangor.

Sama-sama kita mendoakan semoga arwah tenang dan dipermudahkan segala urusan keluarga beliau.

What’s your Reaction?
+1
1
+1
4
+1
0
+1
1
+1
0
+1
2
[VIDEO] "Setiap Malam Ridz Menangis & Down Teramat Sangat..."-Lufya Omar
Akiko Okumuraridz okumuraSky Taizo OkumuraTabung Haji
https://lomp.at/w83hk
Share13Tweet8SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem