Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Asia

Kalau Nak Lelaki Kaya Dah Lama Dapat, Diana Danielle Akui Kini Dia Sendiri Yang Kaya!

by Puteri Alia
May 8, 2025
440
KONGSIAN
Share on Facebook

Diana Danielle tidak pernah gentar menyuarakan pendiriannya, lebih-lebih lagi apabila ada yang cuba merendahkan keupayaannya sebagai wanita berdikari. Dalam satu komen balas yang mencuri perhatian ramai di TikTok, Diana menolak mentah-mentah saranan seorang netizen yang mencadangkannya mencari lelaki kaya untuk menjamin masa depannya.

Dengan nada tegas dan penuh keyakinan, pelakon dan penyanyi berusia 33 tahun itu menegaskan bahawa dia tidak pernah bergantung pada sesiapa untuk hidup selesa. Malah, jika itu yang dikejarnya, sudah lama dia memilih jalan mudah untuk bersama lelaki berharta. “Nak cari duit, kerja. Kalau aku nak tangkap lelaki kaya dah lama dah dik. Sekarang yang kaya aku ni,” balasnya lantang, mencerminkan keyakinan seorang ibu tunggal yang tahu nilai titik peluh sendiri.

Kenyataan itu mendapat sokongan padu daripada para pengikutnya yang rata-rata memuji semangat dan ketegasan Diana. Ramai yang menganggap cadangan tersebut sebagai merendahkan martabat wanita, apatah lagi dalam era moden di mana ramai wanita mampu berdiri atas kaki sendiri.

“Bukan semua orang nak harapkan kekayaan orang untuk menumpang, zaman sekarang ramai wanita yang bekerjaya,” ulas seorang netizen yang menyokong kenyataan Diana. Seorang lagi pula menasihatkan agar Diana teruskan kehidupan tanpa perlu melayan komen-komen bersifat provokatif, sebaliknya menumpukan perhatian kepada masa depan dan anak-anak.

Diana sebelum ini melalui episod perceraian dengan pelakon Farid Kamil. Mereka bercerai talak satu buat kali kedua pada 24 Mac lalu selepas pernah berpisah kali pertama secara dalam talian pada 2023. Walaupun pernah kembali rujuk selepas 21 hari, hubungan itu akhirnya berakhir.

Perkahwinan mereka yang bermula pada 3 November 2012 telah dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad dan Nur Aurora. Kini bergelar ibu tunggal, Diana kekal positif dalam menempuh fasa baru kehidupannya dan membuktikan bahawa seorang wanita mampu berjaya tanpa bergantung kepada sesiapa pun.

Tak Mahu Simpan Anak, Diana Danielle Tak Sanggup Jaga Anak-Anak Sorang-Sorang
What’s your Reaction?
+1
1
+1
2
+1
0
+1
1
+1
0
+1
2
diana danielle
https://lomp.at/r4ter
Share176Tweet110SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem