Monday, July 14, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Sukan

Tiket Coway Run 2025 Merdeka Terima Sambutan Hangat!

by Naddy Joe
May 9, 2025
Share on Facebook

Coway, syarikat Best Life Solution, dengan bangganya mengumumkan acara larian tahunan yang dinanti-nantikan, Coway Run yang kini kembali untuk edisi ke-9. Coway Run 2025 bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 31 Ogos 2025, bersempena dengan salah satu sambutan paling bermakna di Malaysia, iaitu Hari Merdeka.

Bertemakan ‘Dominasikan Rentak Anda’

Mengetengahkan semangat kemerdekaan, tema tahun ini, ‘Dominasikan Rentak Anda’ mencerminkan daya tahan dan pertumbuhan yang telah memacu Malaysia ke hadapan. Lebih daripada sekadar acara larian, Coway Run menjadi wadah untuk rakyat Malaysia mengekspresikan diri mereka, menzahirkan semangat cintakan negara, dan meraikan hari Merdeka dengan cara lebih sihat dan bertenaga, selari dengan semangat Merdeka yang menyatukan semua. 

Jualan Tiket Terima Sambutan Hangat!

Jualan tiket Coway Run yang bermula sejak 1 Mei 2025 dimulakan jualan pelancaran istimewa selama 24 jam, yang menawarkan tiket serendah RM45. Kemudian, disusuli dengan jualan 72 jam, Jualan Awal dan Jualan Umum yang akan berlangsung sehingga 31 Ogos 2025 atau sehingga semua tiket habis dijual.

Disebabkan sambutan hangat orang ramai, jualan tiket Coway Run sebanyak 11,000 slot secara rasmi telah habis dijual untuk semua kategori.

Hadiah Menarik Menanti Pemenang Kategori 10KM & 21KM

Pemenang bagi kategori 10km dan 21km akan bersaing untuk memenangi hadiah wang tunai dan ganjaran eksklusif berjumlah RM20,000. Bagi kategori 5km dan Kanak-kanak, peserta boleh menantikan lima halangan menarik yang diinspirasikan daripada produk utama Coway, termasuk penulen air dan udara, penyaman udara, kerusi urut dan tilam.

Setiap tahun, Coway Run menjanjikan suasana meriah yang dipenuhi dengan reruai permainan interaktif, cabaran yang mendebarkan dan aktiviti yang menyeronokkan. Namun begitu, acara ini turut melangkaui aspek kesejahteraan diri dengan menyumbang kepada golongan yang memerlukan.

View this post on Instagram

A post shared by Coway Malaysia (@officialcowaymalaysia)

Bagi setiap tiket Coway Run yang dijual, sebanyak RM10 akan disalurkan kepada Coway Happy Water Project, sebuah inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang bertujuan untuk membekalkan air minuman yang bersih dan selamat kepada komuniti yang kurang bernasib baik di seluruh Malaysia.

Sertai Coway Run 2025 dan raikan hari Merdeka dengan cara yang lebih bermakna, aktif dan penuh semangat. Sama ada anda berlari untuk mencabar keupayaan diri, memberi insipirasi kepada insan tersayang atau menyumbang kepada komuniti anda, setiap langkah mencorak satu perubahan. Untuk maklumat lanjut, layari https://www.cowayrun.com.my/ untuk membeli tiket anda sekarang.

Cowaycoway run 2025
https://lomp.at/n2tfd
Share3Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Sukan

Kenali Nurul Huda, Ketua Kontinjen Negara & Cucu Presiden Singapura Yang Pernah Raih 9 Emas

by Phic ARMAN
July 9, 2025

Bila sebut nama Nurul Huda, pasti ramai teringat bekas ratu renang negara yang pernah mencipta sejarah hebat di kolam renang...

Read more
Sukan

ASICS Lancar Kempen Little Reminders, Motivasi Untuk Orang Dewasa Sentiasa Bersenam!

ASICS, jenama sukan global terkemuka telah melancarkan kempen Little Reminders, yang bertujuan untuk mengingatkan kepada orang dewasa mengenai bagaimana bersenam...

Read more
by Naddy Joe
July 8, 2025
Sukan

Triathlon Desaru 2025: Kisah Syed Saddiq & Ayden yang Bikin Ramai Tersentuh

Kalau anda fikir triathlon ini cuma tentang siapa paling gagah, paling laju sampai garisan penamat… anda silap. MURAI berada di...

Read more
by Phic ARMAN
July 7, 2025
Sukan

Perkongsian Gambar Aneh Lee Zii Jia Undang Kebimbangan Netizen

Pemain badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia mencetuskan tanda tanya dan kebimbangan dalam kalangan peminat apabila memuat naik beberapa gambar...

Read more
by Aphit J.
July 5, 2025
Foto - @diogoj_18 (IG)
Sukan

Striker Liverpool, Diogo Jota Maut Selepas Rempuhan Kereta & Terbakar Di Sepanyol

Seluruh kelab dan peminat Liverpool bersedih atas berita ini. Penyerang Liverpool, Diogo Jota telah meninggal dunia pada usia yang sangat...

Read more
by Soph Azz
July 4, 2025
Personaliti

[VIDEO] Johan Ghazali Tempelak Netizen: “Bukan Salah Aku Muka Kau Macam Katak, B*bi…”

Siapa sangka, bukan saja di gelanggang, di media sosial pun Johan Ghazali masih ada “punch” yang padu. Baru-baru ini, ketika...

Read more
by Phic ARMAN
July 4, 2025
Lokal

Johan Ghazali Luah Rasa Kecewa-“Aku Malu Dengan Mentaliti Sampah Rakyat Aku Sendiri…”

Jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali Zulfikar atau lebih dikenali sebagai Jojo tampil bersuara terhadap sikap sesetengah netizen yang memberikan...

Read more
by Naddy Joe
June 9, 2025
Sukan

AmBank Satukan Rakyat Malaysia, Perjuangkan Bumi & Tujuan Melalui Kejohanan Pickleball

Dalam sambutan komuniti, belia dan sukan yang bertujuan, AmBank Malaysia Pickleball Championship 2025 baru sahaja menutup tirainya pada Ahad, 1...

Read more
by Naddy Joe
June 5, 2025
Antarabangsa

[VIDEO] “Bayar RM1.5K Untuk Dapat Jari Tengah” – Peminat MU Hampa Dengan Amad Diallo

Pemain sayap Manchester United, Amad Diallo, mencetuskan kontroversi ketika lawatan pasca musim Red Devils ke Malaysia apabila beliau dilihat menunjukkan...

Read more
by Arsiqin Yusof
May 30, 2025
Sukan

Kes Diklasifikasikan Sebagai NFA, Kenyataan Faisal Halim Buat Netizen Terharu

Sebelum ini kecoh di Negara kita apabila berlakunya kes serangan asid terhadap pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim, pada 5...

Read more
by Aphit J.
May 11, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ammar Ahyyan Dedah Tak Terima Gaji, Tapi Boleh Guna Kad Kredit Aliff Syukri Tanpa Had!

  2. 2

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  3. 3

    [VIDEO] ‘Dame Un Grr’ Versi Fattah Amin & Irfan Haris Buatkan Ramai Cair Melihatnya!

  4. 4

    [VIDEO] Berlaku Kasar Terhadap Staf Konsert, Sikap BLACKPINK Jennie Dicemuh Ramai

  5. 5

    Triathlon Desaru 2025: Kisah Syed Saddiq & Ayden yang Bikin Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem