Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Jalan-Jalan Destinasi

Bercuti ke Perth Jadi Lebih Mampu Milik, AirAsia Belanja RM200 Untuk Anda!

RM200 Diskaun untuk Penerbangan ke Perth? Ya, Ini Tawaran Sebenar dari AirAsia!

by Phic ARMAN
May 14, 2025
23
KONGSIAN
Share on Facebook

Siapa kata travel ke Australia kena spend banyak duit? AirAsia baru sahaja umumkan satu promosi yang memang berbaloi. Mereka bermurah hati untuk belanja RM200 diskaun untuk tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Perth! Ini bukan promosi biasa-biasa. Ia sebahagian daripada kerjasama strategik AirAsia dengan Tourism Western Australia (TWA), dan nilai keseluruhan promosi ni cecah RM400,000. Memang besar-besaran!

Kod promo ‘AAPERTWA’

Apa yang anda kena buat? Senang je, masa tempah tiket, masukkan kod promo ‘AAPERTWA’ dan anda terus dapat RM200 potongan, iaitu RM100 untuk perjalanan pergi dan RM100 untuk balik. Tapi jangan lengah, sebab promosi ni cuma berlangsung dari 14 Mei sampai 31 Julai 2025, dan sah untuk penerbangan sehingga 31 Disember 2025. Lagi satu, hanya 2,000 kod promosi ditawarkan, jadi siapa cepat, dia dapat.

Ini bukan sekadar untuk tawarkan diskaun. AirAsia memang tengah push keras untuk hidupkan semula pelancongan selepas pandemik. Perth pula salah satu destinasi best,  bandar moden yang kaya dengan budaya, pesona alam semula jadi, pantai cantik dan gaya hidup yang chill habis. Sangat sesuai untuk sesiapa yang mahu lari dari kesibukan bandar tapi masih nak enjoy vibe urban.

Dato’ Kapten Fareh dari AirAsia sendiri berkata, sejak laluan KL–Perth dilancarkan pada 2007, sudah berjuta pelancong AirAsia bawa ke sana. Sekarang mereka mahukan lebih ramai rakyat Malaysia nikmati keindahan Perth dengan kos yang jauh lebih mampu milik.

Dato’ Kapten Fareh Mazputra, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia dan Anneke Brown, Pengarah Urusan Tourism Western Australia di majlis pelancaran kerjasama strategik antara AirAsia dan Tourism Western Australia di Botanica+Co, Bamboo Hills, Kuala Lumpur

Menurut Anneke Brown dari Tourism Western Australia, Malaysia memang pasaran penting untuk mereka. Dengan jarak dekat, zon waktu hampir sama dan penerbangan terus yang senang diakses, Perth memang destinasi ideal untuk rakyat Malaysia. Dan sekarang, dengan diskaun RM200, lagi lah berbaloi!

Lebih 16 Juta Penumpang Naik AirAsia Di Awal Tahun 2025, Tony Fernandes- “Ini Masanya Tekan Minyak Habis-Habisan”

Jadi kalau anda tengah plan untuk travel, inilah masanya. Tiket murah, tempat cantik, dan peluang terhad. Tempah awal, masukkan kod promo, dan terus terbang ke Perth. Tak payah tunggu mimpi jadi kenyataan, sekarang anda boleh realisasikan impian dengan harga yang masuk akal.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
airasiaAnneke BrownDato’ Kapten FarehTourism Western Australia
https://lomp.at/h1guf
Share9Tweet6SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem