Bagi peminat Shah Rukh Khan (SRK), Murai yakin kamu pasti teruja dengan kongsian gambar-gambar yang sangat ‘rare’ oleh salah seorang rakan rapat SRK iaitu Amar Talwar.
Amar, yang merupakan rakan lama SRK daripada Barry John’s Theatre Action Group (TAG), telah memuat naik gambar lama bintang Bollywood itu di Instagram sebelum dia menjadi pelakon.

Gambar yang belum pernah dilihat oleh peminat, Amar memuat naik tiga gambar monokrom SRK yang menarik, di mana setiap satunya merakamkan suasana yang berbeza.

Gambar pertama ialah gambar jarak dekat yang mempamerkan SRK yang kelihatan sangat muda, sedang senyum ke arah kamera. Gambar kedua pula adalah momen point of view dan gambar ketiga menampilkan SRK bersama anak Amar iaitu Tally.

“Melihat gambar lama saya, saya terjumpa gambar Shah Rukh Khan bersama anak saya, sekitar 1990, sebelum pemergiannya ke Bollywood. Saya dan Shah Rukh pernah berlakon dalam beberapa lakonan TAG (Barry John’s Theatre Action Group) bersama- ‘Rough Crossing’ dan ‘Who’s Life Is It Anyway’.
Menurut Amar, gambar-gambar tersebut diambil pada awal tahun 1990-an, iaitu salah satu masa sebelum SRK debut di layar perak Bollywood.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.