Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Teknologi

[VIDEO] Hands-On Galaxy Tab S10 FE+: Skrin Lagi Besar, Rasa Lagi Puas

by Phic ARMAN
May 20, 2025
Share on Facebook

Pada April yang lalu, Samsung secara rasmi melancarkan siri Galaxy Tab S10 FE dalam satu acara yang berlangsung meriah. Acara ini turut dihadiri oleh wakil media tempatan, termasuk penulis dari Murai, yang berpeluang melihat sendiri tablet ini buat kali pertama.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Hands-On Galaxy Tab S10 FE+

Bila pertama kali pegang Samsung Galaxy Tab S10 FE+, terus rasa macam tengah pegang tablet kelas premium. Reka bentuk dia memang nampak kemas dan moden, tak berlebihan tapi cukup yang mahu besederhana dalam memiliki tablet. Dalam ulasan kali ni, kita fokus dulu pada rupa luarannya , sebab itu yang bagi “first impression” paling kuat kan?

Skrin 13.1 Inci – Besar, Lega, Sedap Tengok

Perkara pertama yang jelas, skrin dia besar! Daripada 12.4 inci pada model S9 FE+, sekarang S10 FE+ dah upgrade ke 13.1 inci, siap dengan panel LCD 90Hz. Tambahan 0.7 inci tu nampak kecil atas kertas, tapi bila tengok video atau scroll media sosial, memang terasa luas dan lebih puas.

Kalau jenis suka tengok Netflix atau baca komik digital, skrin besar macam ni memang ‘heaven’.

Rasa Premium Tapi Berat Sikit Bila Lengkap

Tablet ni datang siap dengan Galaxy Tab Book Cover Keyboard , nampak premium habis, tapi ada sedikit trade-off: bila semua aksesori sudah pasang, memang terasa berat.

  • Book cover: lebih kurang 360g
  • Keyboard: dalam 350g

Gabung semua dengan tablet, berat dia boleh jadi macam bawa laptop nipis. Tapi jangan risau, keyboard ini boleh ditanggalkan. Nak ringan, cabut je. Nak gaya atau nak buat kerja serius, pasang balik.

Keyboard Ada Touchpad & Port USB-C

Bahagian keyboard ni memang menarik. Ada touchpad, jadi boleh guna macam mini laptop. Sambung mouse pun tak perlu. Ada juga port USB Type-C, dan Samsung siap bagi adapter untuk cucuk pendrive, satu benda kecil yang sangat praktikal.

Tak lupa juga, ada S Pen holder di bahagian cover. Jadi stylus tak akan hilang merayau macam selalu.

Kamera Naik Taraf Sikit – Cukup Untuk Video Call & Snap Cepat

Kalau cerita pasal kamera, ada sedikit upgrade:

  • Depan: 12MP ultra-wide
  • Belakang: dari 8MP naik ke 13MP

Bukan jenis kamera flagship, tapi cukup mantap untuk panggilan video, online meeting, atau ambil gambar nota masa kelas/mesyuarat.

Tahan Lasak & Lebih Slim

Tablet ni datang dengan rating IP68, maksudnya boleh tahan debu dan air (kalau terkena hujan sikit tu tak ada masalah). Lagi best, walaupun skrin makin besar, body dia lebih ringan 4.4% dan lebih nipis 8% berbanding model lama. Mudah pegang, tak cepat lenguh sesuai sangat untuk yang selalu guna on-the-go.

Multi-Tasking Friendly

Tak lupa juga, Tab S10 FE+ ni support Multi-Window dan DeX Mode. Nak buka dua app serentak? Boleh. Nak guna macam desktop? Boleh juga. Dari luaran nampak macam tablet biasa, tapi dalam dia banyak fungsi kerja berat.

First impression kami? Memang mantap. Reka bentuk cantik, skrin besar puas hati, keyboard pun versatile. Cuma bila lengkap semua aksesori tu, memang berat sikit tapi itu harga yang dibayar untuk keselesaan dan fungsi.

Untuk yang tengah cari tablet yang boleh jadi alat kerja dan hiburan dalam satu, Galaxy Tab S10 FE+ patut ada dalam senarai. Stylish, practical, dan tak over. Bak kata orang, just nice.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
[VIDEO] Karya Fotografi Menakjubkan Pojiegraphy: Teknik Makro dan Nightografi 50MP Pada Galaxy S25 Ultra
Galaxy Tab S10 FE+samsung
https://lomp.at/mxfb0
Share3Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem