Siapa yang tidak kenal dengan Nadia Amira Othman atau lebih dikenali sebagai Amira Othman yang merupakan seorang penyanyi, pengacara televisyen dan pelakon wanita di Malaysia.
Amira Othman memulakan kerjayanya dalam bidang nyanyian, selepas menyertai satu program nyanyian popular pada tahun 2013 iaitu Akademi Fantasia musim ke-10 dan sekaligus mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Kemudian Amira Othman banyak berkecimpung di dalam dunia lakonan sehinggakan setiap drama lakonannya menjadi pilihan ramai.
Selain dirinya, dua adik lelakinya juga turut menceburi bidang nyanyian iaitu Irfan Haris dan Haikal Iskandar. Irfan Haris juga lebih dikenali ramai selepas dia menyertai pertandingan nyanyian Big Stage dan mendapat tempat keempat.
“Alhamdulillah, Walaupun Dah Jadi Hajjah Masih Lagi Merendah Diri Dan Tak Sombong”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @blushing2themoon yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 311 ribu, tanda suka sebanyak 12 ribu dan sebanyak 313 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Amira Othman yang berkongsi pengalaman bagaimana dirinya dijemput bagi menunaikan ibadah haji bersama rakan karibnya iaitu Wany Hasrita.
@blushing2themoon Jemputan Allah.š¤š¤š¤ Perkongsian pengalaman. (Amira Othman menunaikan haji pd tahun 2019) #amiraothman #hikmah #fyppppppppppppppppppppppp #rezeki #haji #alhamdulillah #musimhaji #Amiracleforfattah
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga tidak menyangka bahawa Amira Othman berpeluang menunaikan ibadah haji dalam usia yang sangat muda.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.