Friday, July 11, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Indonesia

Langgar Hak Cipta, Lesti Kejora Boleh Dipenjara 4 Tahun Maksimum & Denda Hampir RM300K

by Soph Azz
May 21, 2025
Foto - Fimela

Foto - Fimela

287
KONGSIAN
Share on Facebook

Sangat mengejutkan! Penyanyi dangdut Indonesia, Lesti Kejora baru-baru ini telah dilaporkan ke Polis Metro Jaya oleh pemuzik dan pencipta lagu, Yoni Dores.

Adik kepada Allahyarham Deddy Dores, Yoni, mendakwa Lesti telah melanggar hak cipta sejak 2018 apabila penyanyi dangdut itu telah menyanyikan semula beberapa buah lagu tanpa kebenaran pemilik asal.

Laporan Yoni itu diwakili oleh pembantu peribadinya, Pepi, yang turut ditemani oleh peguam bela, Hammer Lovom, Ilham dan Endang.

Foto – Tribun News

Sebelum Lesti dilaporkan ke pihak polis, pasukan peguam Yoni telah pun menghantar surat amaran sebanyak dua kali tetapi tiada sebarang maklum balas daripada pihak penyanyi dangdut itu.

Antara lagu yang didakwa telah dinyanyikan oleh Lesti adalah “Cinta Bukan Kapal”, “Bagaikan Cabang Kering” dan “Buaya Buntung”.

Foto – Okezone Celebrity

Sekadar info, Yoni menemui beberapa video nyanyian yang dimuat naik di YouTube, menunjukkan Lesti menyanyikan lagu ditulisnya tanpa kebenaran. Yoni mendakwa Lesti tidak meminta kebenarannya untuk membuat liputan lagu serta memuat naik secara komersial di platform itu.

YouTube video

Yoni turut menyerahkan beberapa bahan bukti termasuklah surat pengesahan hak cipta dan senarai lagu yang didakwa disalah guna oleh Lesti.

Lesti kini disiasat di bawah Pasal 113 Juncto Pasal 9 Undang-Undang Nombor 28 Tahun 2014 tentang Hak Cipta di Indonesia. Jika didapati bersalah, Lesti boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 4 tahun maksimum dan didenda Rp1 bilion (RM260213.20).

deddy doresLesti Kejorayoni dores
https://lomp.at/8pux9
Share115Tweet72SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  2. 2

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    [VIDEO] Berlaku Kasar Terhadap Staf Konsert, Sikap BLACKPINK Jennie Dicemuh Ramai

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem