Tuesday, September 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Hollywood

Tak Macam Diva Malaysia, Lady Gaga “Santai” Makan di Medan Selera Sahaja

by Puteri Alia
May 21, 2025
358
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi bertaraf dunia Lady Gaga mencuri perhatian ramai apabila kelibatnya dirakam sedang menikmati makanan tempatan di Medan Selera Maxwell, Singapura. Kehadirannya di lokasi yang sinonim dengan masyarakat tempatan itu sempena konsert jelajah Asia nyata menjadi sorotan dan menerima pujian melimpah ruah daripada para peminat serta pengguna media sosial. Dalam video yang kini tular, Gaga dilihat santai mengenakan pakaian serba hitam sambil duduk menjamu selera bersama beberapa anggota pasukannya, jauh dari aura glamor pentas yang sinonim dengan dirinya.

Tindakan penyanyi lagu Bad Romance itu yang memilih untuk menjamu selera di gerai biasa berbanding restoran mewah jelas menyentuh hati ramai, malah dianggap sebagai bukti kerendahan hati seorang bintang besar dunia. Lebih mencuri hati, Gaga turut melayan permintaan peminat yang mahu bergambar serta mendapatkan tandatangannya walaupun sedang makan, satu tindakan yang dianggap luar biasa untuk seorang selebriti sepertinya.

Netizen memuji sikap mesra Gaga, menyifatkannya sebagai seorang yang merendah diri dan memahami nilai sebenar interaksi dengan peminat. Ada yang membandingkan keperibadian Gaga dengan artis lain yang dikatakan sukar didekati ketika berada di tempat awam. Rata-rata menyatakan kegembiraan melihat seorang figura global seperti Gaga sanggup turun padang untuk merasai sendiri pengalaman menikmati makanan jalanan tempatan yang ikonik di negara itu.

Ini bukan kali pertama Medan Selera Maxwell menerima kunjungan bintang antarabangsa. Sebelum ini, pelakon terkenal Drew Barrymore dan penyanyi pop sensasi Dua Lipa juga pernah mencuba makanan di medan selera tersebut. Kini giliran Lady Gaga pula meletakkan namanya dalam senarai selebriti yang menghargai budaya tempatan, sekaligus menjadikan kehadirannya di Singapura lebih bermakna.

Lady Gaga dilaporkan berada di republik tersebut selama seminggu bersempena konsert jelajah Asianya yang berlangsung selama empat hari di Stadium Nasional Singapura bermula 18 Mei hingga 24 Mei. Aksi bersahajanya di medan selera itu sekali gus mencipta momen manis yang tidak akan dilupakan peminat yang sempat menyaksikannya secara langsung.

[VIDEO] Gelagat Peminat Dapat 'Sign' Lady Gaga Di Tepi Jalan Buatkan Ramai Cemburu-" Dia Punya Jerit Tu.."
lady gaga\
https://lomp.at/d53lv
Share143Tweet90SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Datin Shahida Tulis Nama Buku Latihan Anak, Lain Pula Yang Netizen Perasan?..-“Orang Kaya Pun Sempoi…”

  2. 2

    [VIDEO] Gelagat Tok Ram Mengusik Anak Nabil Ahmad Jadi Bualan Netizen

  3. 3

    5 Langkah Mudah Untuk Semak Baki SARA Dalam MyKad

  4. 4

    Daniesh Suffian Pilih ‘Menjauh’ Demi Hormati Hubungan Bella Astillah dan Syed Saddiq

  5. 5

    Bella Astillah Anggap Aliff Aziz Tiada Lagi Dalam Hidupnya, Enggan Ulas Walau Bekas Suami Rindu Anak-Anak

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem