• Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

“13 Tahun Tak Mampu Layan Isteri”-Nazrief Nazri Dedah Derita Watak Homoseksual Dalam ‘Seribu Tahun’

by Puteri Alia
May 21, 2025
1.7k
KONGSIAN
Share on Facebook

Memahami dilema golongan homoseksual, pelakon Nazrief Nazri menyeru masyarakat agar tidak menghukum sebaliknya membantu mereka kembali kepada fitrah yang sebenar. Menerusi lakonannya sebagai Dr. Zahar dalam drama Seribu Tahun, Nazrief mengakui menerima mesej daripada individu tidak dikenali yang berterima kasih kerana watak itu mencerminkan perjuangan sebenar mereka yang bergelut melawan nafsu songsang. Menurut Nazrief, watak itu bukan sekadar lakonan, tetapi sebuah mesej penting bahawa setiap manusia sedang melalui ujian yang berbeza, dan bukan semua memilih jalan hidup mereka dengan mudah.

Katanya, ada individu mengaku pernah menangis melihat perjalanan karakter Dr. Zahar, terutamanya kerana ia mengangkat kisah dalaman seorang lelaki yang selama 13 tahun perkahwinan masih tidak mampu menyantuni isterinya seperti suami normal. Nazrief menjelaskan ada babak menyayat hati ketika watak itu menulis surat kepada Tuhan kerana terlalu rindu ingin menjadi suami dan ayah seperti lelaki lain. Babak akhir menyaksikan Zahar cemburu melihat rakan lamanya, Fakhrul yang kini sudah mempunyai tiga anak dan keluarga bahagia, membuatkan penonton semakin memahami konflik emosi watak tersebut.

Nazrief turut berkongsi perasaannya melakonkan babak janggal bersama pelakon baharu, Zarif Ghazzi, termasuk adegan cubit pipi dan babak hampir bercumbu. Walaupun kurang selesa, dia tetap profesional demi menjayakan tugasan seni yang diberi. Nazrief juga menegaskan tiada gangguan daripada lelaki di media sosial meskipun membawakan watak homoseksual, malah reputasinya sebelum ini yang pernah menegur individu tidak senonoh di media sosial mungkin menjadi sebab dirinya tidak didekati dengan cara yang salah.

Jelasnya lagi, masyarakat harus faham bahawa drama Seribu Tahun bukan mempromosikan gaya hidup songsang, sebaliknya mahu membuka mata tentang realiti kehidupan golongan ini yang tidak semua ingin berada dalam keadaan tersebut dan sentiasa berdoa untuk berubah.

Drama arahan Shahrulezad Mohameddin ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Noorkhiriah, Azhan Rani, Emma Maembong dan Laila Nasir. Seribu Tahun kini memasuki minggu akhir tayangan di Astro Ria pada pukul 9 malam dan bakal meninggalkan impak emosi yang mendalam buat penonton.

LGBTnazrief nazrisongsang
https://lomp.at/fpkam
Share668Tweet418SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @hrithikroshan (IG)
Bollywood

Sertai Aishwarya Rai & Rajinikanth, Hrithik Roshan Nekad Jadi Penderma Mata

by Nurul A.
October 9, 2025

Ketika sambutan hari jadi ke-43, pelakon Hrithik Roshan telah nekad untuk mendermakan matanya selepas meninggal dunia. Keputusan ini dibuat selepas...

Read more
Lokal

[VIDEO] Zizi Kirana Kongsi Detik Terselamat Dari Bom di Syria

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Zizi Kirana memberitahu bagaimana dirinya terselamat dari di Bom ketika membuat misi kemanusiaan...

Read more
by Noah Ab
August 28, 2025
Lokal

“Saya Jenis Akan Buat Satu Watak Itu Jadi Ikonik” – Sharifah Sakinah Puas Hati Hasil Watak Yang Dilakonkan

Sentiasa tampil dengan sisi berbeza dan tidak pernah takut mencabar kemampuan diri, itulah rahsia pelakon Sharifah Sakinah dalam mengekalkan momentum...

Read more
by Puteri Alia
October 16, 2025
Lokal

[VIDEO] Datin Shahida Buat ‘Tour’ Ruang Tamu Rumahnya Buatkan Netizen Terpegun

Terdahulu, tular satu video yang memaparkan Datin Shahida menunjukkan beberapa ruang tamu yang berada dirumahnya itu sambil menjawab soalan dari...

Read more
by Noah Ab
September 18, 2025
Lokal

[VIDEO] Kempen Undi Khawla Bermula Buatkan Netizen Terhibur-“Kalau Menang Nyanyi Ok”

Baru- baru ini, tular satu video yang memaparkan anak kepada Ernie Zakri iaitu Khawla yang mula menari selepas dinyanyikan oleh...

Read more
by Noah Ab
August 27, 2025
Lokal

[VIDEO] “Bila Nak Dapat Baby?”- Aksi Spontan Fattah Amin Nyanyi Buat Ramai Teruja!

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Fattah Amin dan Amira Othman yang membaca komen netizen mengenai 'bilakah mahu mendapatkan...

Read more
by Noah Ab
October 7, 2025
Lokal

Ardell Aryana Dedah Diteror Selepas Pulang Dari Gaza, Ada Sanggup Tawar RM5,000 Untuk Jejak Lokasi

Pelakon dan aktivis kemanusiaan, Ardell Aryana, mengakui hidupnya kini tidak lagi tenang selepas pulang daripada misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla...

Read more
by Puteri Alia
October 21, 2025
Lokal

Siti Nurhaliza Puji Bakat Nyanyian Anak Angkatnya Auddra- “Boleh Pergi Jauh”

Biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri perhatian apabila memuji bakat salah seorang peserta program realiti terbaru Astro,...

Read more
by Puteri Alia
August 26, 2025
Indonesia

Kontroversi Isteri Curang, Na Daehoon Akhirnya Buka Mulut

Suami kepada pempengaruh popular Indonesia, Jule, iaitu Na Daehoon dari Korea Selatan akhirnya tampil bersuara mengenai kontroversi dakwaan kecurangan isterinya...

Read more
by Murai MY Newsdesk
October 21, 2025
Lokal

[VIDEO] Fattah Amin Potong Rambut, Raih Perhatian Netizen-“Permintaan Isteri Untuk Bang Long”

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Fattah Amin dengan gaya rambut baru. Fattah Amin juga mengatakan bahawa beliau memotong...

Read more
by Noah Ab
October 6, 2025
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Peminat Puji Sikap Nelydia Senrose-“Tak Pernah Cerita Masalah Di Media Sosial”

  2. 2

    4 Golongan Terima MyKad RM200 Pada Oktober Ini- Jom Semak Nama Anda Tersenarai Tak?

  3. 3

    Shah Rukh Khan Umum Tiada Pesta Deepavali, Peminat Luah Rasa Kecewa

  4. 4

    [VIDEO] Nabil Ahmad Tunjuk Botol Air Milik Bella Astillah-“Kalau Gosok Keluar YB Nanti”

  5. 5

    [VIDEO] Ammar Ahyan ‘Prank’ Qadejah Buatkan Netizen Terhibur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem