Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Indonesia

Kontroversi Isteri Curang, Na Daehoon Akhirnya Buka Mulut

by Murai MY Newsdesk
October 21, 2025
23
KONGSIAN
Share on Facebook

Suami kepada pempengaruh popular Indonesia, Jule, iaitu Na Daehoon dari Korea Selatan akhirnya tampil bersuara mengenai kontroversi dakwaan kecurangan isterinya yang hangat diperkatakan baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Daehoon memohon maaf kepada orang ramai atas kekecohan yang timbul akibat isu rumah tangganya bersama Jule, sekali gus mengundang rasa tidak senang dalam kalangan netizen.

“Terima kasih atas kebimbangan dan sokongan kalian. Saya rasa sangat bersyukur kerana dikelilingi orang yang baik.

Saya juga mohon maaf jika masalah peribadi saya membuatkan ramai yang risau atau bersedih,” tulisnya.

Menurut Daehoon, dia kini dalam keadaan baik dan berjanji untuk terus kuat demi tiga cahaya matanya yang menjadi sumber kekuatan utama dalam hidupnya.

“Alhamdulillah, saya baik-baik saja. Selagi ada tiga malaikat kecil menemani saya, saya mampu hadapi apa jua cabaran,” katanya.

Dalam masa sama, Daehoon turut memohon agar orang ramai tidak mengaitkan isu rumah tangga dengan anak-anaknya, selain meminta ruang dan masa untuk memulihkan diri sebelum kembali aktif di media sosial.

“Setiap kata dan sokongan dari kalian sangat bermakna buat saya. Namun, saya harap anak-anak saya tidak mengetahui tentang perkara yang sedang berlaku.

“Sejak mula jadi pempengaruh, saya hanya mahu sebarkan perkara positif. Jadi, saya perlukan sedikit masa untuk tenangkan diri dan akan kembali tersenyum seperti biasa,” ujarnya.

Terdahulu, nama Jule menjadi bualan hangat di media sosial selepas didakwa berlaku curang walaupun masih berstatus isteri. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 31 Julai 2021 selepas sembilan bulan menjalinkan hubungan serius, dan kini dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Topik Berkaitan Akui Curang Na Daehoon, Julia Prastini Tampil Mohon Maaf- "Dari Lubuk Hati Saya..."

Artikel disediakan oleh Zulfarahizal

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Na Daehoon
Share9Tweet6SendShare

KINI TRENDING

Foto - @nadhifbasalamah (IG)
Indonesia

Penyanyi Lelaki Luah Tertekan Jadi ‘Mangsa’ Gangguan Peminat Lelaki- “Saya Rela…”

by Nurul A.
June 30, 2026

Penyanyi lelaki Indonesia, Nadhif Basalamah mencuri perhatian ramai selepas berkongsi pengalamannya diganggu oleh peminat lelaki. Menerusi beberapa ciapannya di platform...

Read moreDetails
Foto - @maiaestiantyreal (IG)
Indonesia

Tidak Gaduh, Tapi Ini Sebabnya Maia Estianty & Suami Tidak Sebumbung Sejak Awal Perkahwinan

by Nurul A.
July 3, 2026

Penyanyi Maia Estianty mendedahkan keunikan perkahwinannya dengan ahli perniagaan Irwan Mussry. Kebiasaannya, pasangan suami isteri akan tinggal bersama, di bawah...

Read moreDetails
Foto - @kitelikenerves (IG)
Spotlight

Penyanyi Pop Indonesia, HNATA Kembali Dengan Single Baharu “nothing stays the same”

by Nurul A.
July 14, 2026

Penyanyi pop Indonesia HNATA kembali dengan single baharu daripada album sulungnya yang akan datang, SAYONARA! bertajuk "nothing stays the same"....

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    4 Fakta Pengiran Raabi’atul Adawiyyah, Menantu Sultan Brunei Yang Ditarik Gelarannya

  2. 2

    Kenali 3 Menantu Sultan Brunei Yang Cantik Menawan- 1 Telah Ditarik Semula Gelarannya

  3. 3

    Pernah Terjumpa Di Bangsar? Ini Kisah Julia Rais Yang Ramai Rindukan

  4. 4

    Putera William Berang Apabila Isteri Diminta Tukar Ejaan Nama Kerana Ibu Tiri

  5. 5

    Kemanakah Perginya Julia Rais? 3 Spekulasi Ini Jadi Tanda Tanya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara