Satu kenyataan dari seorang lelaki di media sosial baru-baru ini mencetuskan perdebatan hangat di kalangan netizen Malaysia. Semua gara-gara sepeket sos dan burger.
Pengguna Threads bernama @fareezmohdsith memuat naik satu hantaran yang berbunyi:
“Isteri yang tak melayan suami akan kalah dengan wanita yang pandai melayan lelaki di luar. Contohnya diorang pergi lunch together kat office. Wanita tu tolong koyakkan sos dan tolong tuangkan dalam burger. Hati²… Lama² suami kamu akan tewas… Layan la suami mu walaupun kamu rasa ianya sekecil² perkara, tetapi ia akan buat suami mu rasa dihargai & mereka akan lebih menyayangi isteri.”
Hantaran itu kelihatan seakan nasihat rumahtangga yang ikhlas, tetapi ternyata tidak disambut baik oleh ramai pengguna media sosial, terutamanya kaum wanita.
“Koyakkan Sos? Isteri Koyak Rahim, Bang!”
Ruang komen dipenuhi dengan respons marah, sinis dan sindiran tajam. Ramai netizen menyifatkan contoh yang digunakan oleh penulis thread tersebut sebagai tidak sensitif malah menjengkelkan.
Antara komen yang mencuri perhatian:
“Isteri kau beranak koyak rahim, kau tewas sebab perempuan lain koyak sos?”
“Setakat tolong buka sos pun boleh buat suami cair, tu bukan cinta, tu nafsu dan tak tahu bersyukur.”
“Kalau mudah sangat goyah sebab perhatian sekecil tu, bukan salah isteri kau, salah iman kau.”
“Koyak sos pun kau tewas…belum koyak perut, koyak bawah nak keluarkan zuriat ko. Apalagi nak koyak poket sendiri sebab nak sama2 tanggung hidup dengan kau. Lemahh.”
“Nasihat dah bagus dan noted tp contoh tak boleh bagi yang lebih bermoral ke? Maksudnya common ya suami orang pergi lunch together dgn mana2 wanita tempat kerja?”
“Delete je threads macam ni. Nothing’s good.”
“Kat rumah pakai sos botol nak kena tukar sos koyak2 tu ke mcmana.”
“Abang punca kemarahan kaum wanita harini.”
“Stop blaming wife over stupid choices husband makes”
Ada juga yang menyuarakan pandangan bahawa tanggungjawab suami bukan sekadar menuntut layanan, tetapi perlu juga menghargai pengorbanan isteri yang jauh lebih besar. Dari mengandung, melahirkan, membesarkan anak, mengurus rumah dan dalam banyak kes, turut bekerja.
Salah Nasihat atau Salah Contoh?
Sebenarnya, inti nasihat yang ingin disampaikan oleh penulis thread tersebut tidaklah sepenuhnya salah. Dalam rumahtangga, memang benar perhatian kecil dan layanan manis boleh mengukuhkan hubungan. Tapi bagi ramai netizen, contoh yang diberikan tidak kena pada tempatnya, malah dianggap “cringe” dan meremehkan nilai sebuah perkahwinan.
Bayangkan suami goyah hanya kerana seorang rakan sekerja menolong koyakkan sos dan tuang dalam burger. Satu aksi yang mungkin biasa dilakukan atas dasar sopan santun. Jika itu dianggap sebagai layanan yang mengancam institusi perkahwinan, maka ramai melihatnya sebagai tanda suami itu sendiri yang tidak setia dan mudah terpengaruh.
Perkahwinan Bukan Sekadar Layanan!
Perkahwinan bukan sekadar layanan manja atau gesture romantik. Ia dibina atas dasar kepercayaan, kesetiaan, pengorbanan dan tanggungjawab dua hala.
Ramai netizen menegaskan bahawa suami yang matang sepatutnya tidak mudah ‘tewas’ hanya kerana layanan dari wanita lain, sebaliknya perlu menghargai segala yang telah dilalui bersama isteri.
“Masalahnya Bukan Sos, Tapi Kau”
Netizen Malaysia tidak teragak-agak untuk bersuara apabila satu pandangan dilihat menyinggung atau merendahkan nilai wanita, apatah lagi isteri yang berkorban seluruh jiwa dan raga demi keluarga.
Nasihat untuk menghargai pasangan memang wajar dan digalakkan. Tetapi dalam menyampaikan mesej, sensitiviti dan kebijaksanaan dalam memilih contoh juga penting. Jika tidak, niat baik pun boleh disalah erti dan dalam kes ini, dikecam satu Malaysia.
Adakah anda setuju dengan pendapat thread tersebut?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.