Baru-baru ini tular nama seorang pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai CEO Batu selepas didakwa terlibat dalam kes gangguan seksual terhadap remaja perempuan bawah umur berusia 14 tahun.
Menerusi pendedahan yang dilakukan oleh penyanyi rap, Caprice di Instagram turut memaparkan tangkap layar perbualan di WhatsApp selain menghantar foto yang tidak senonoh kepada remaja tersebut.
“CEO Batu tu budak bawah umur! Kasi angkut @pdrmsia_official sampai bila kita nak biar kes-kes macam ni? Sampai anak orang pun tak selamat.”-kapsyen Caprice di Instagram
“Saya Masih Ada Orang Tua Lagi Untuk Bagi Nafkah…”
Dalam pada itu, Caprice turut memuatnaik tangkap layar mesej yang dihantar oleh CEO Batu kepada seorang wanita yang difahamkan ibu kepada mangsa agar tidak tidak mendakwanya atas tuduhan gangguan seksual disebabkan dia yang mempunyai ibu bapa yang harus disara.
“Saya merayu sangat kak, Untuk berjumpa dengan kak. Saya silap kak. Gambar tu sepatutnya saya crop. Tapi saya terlepas pandang. Sebab gambar tu saya dah ambik siap-siap untuk hantar kat gf saya.
Saya merayu sangat, kalau sabit 10 tahun saya ke dalam. Segala yang saua usaha selama semuanya akan hilang kak. Saya masih ada orang tua lagi untuk bagi nafkah. Kalau saya ke dalam, macam mana diorang.
Family saya pun akan terpalit sekali. Kalau kak nak saya saya sujud pun saya sanggup kak.”-tulis CEO Batu kepada ibu mangsa
Apa komen anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.