Perkongsian Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri perhatian netizen selepas memuatnaik satu video di media sosial, baru-baru ini.
Lakukan Trend Menari ‘Like A Jennie’
Menerusi video yang dimuatnaik oleh Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa sebagai TokTi di TikTok, dapat dilihat beliau bersama beberapa orang penari wanita sedang melakukan Trend ‘Like Jennie’ nyanyian asal penyanyi Korea Selatan, Jennie.
“Nak ikut trend anak muda jap 🤭.”-kapsyen Siti di TikTok
@toktitiktok Nak ikut trend anak muda jap 🤭🤭 #LikeJennie @JUXT Studio
“Masalahnya Semua Nampak Sama Umur Ni…”
Menjengah ruangan komen rata-rata peminat meluahkan rasa teruja melihat gelagat penyanyi kesayangan negara ini, malah ramai yang sempat berseloroh menyifatkan Siti yang tetap kelihatan muda seperti remaja.
“Paling sopan jatuh pada TokTi, paling havoc jatuh pada Marian Rivera.”
“Macam mana Siti kurus?.”
“Tak faham laa, TokTi ni tak boleh tua ke macam mana? Jealous la macam ni 😍😍.”
“Tak..masalahnya kenapa TokTi macam budak tadika?.”
“Dato baru habis SPM ke 😝.”
“Trend Jennie versi ayu.”
“Siti memang tak pernah lari dari kata sopan, itu yang buat saya kagum dengan dia sejak pertama kali mengenalinya.”
“Masalahnya semua nampak sama umur ni.”
“Siti menari memang natural talent, saya pun pernah join group tarian dan yes Siti menari natural, nampak beza dari penari yang dilatih bukan semulajadi.”
“Kpop pun boleh jadi tarian irama Malaysia kalau TokTi yang buat hehe.”
Apa komen anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.