Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

RM250 Seorang Untuk Anak Bawah 6 Tahun, Ini Cara Mohon Bantuan Kanak-Kanak JKM 2025

by Phic ARMAN
August 29, 2025
10
KONGSIAN
Share on Facebook

Kalian tahu tak, sebenarnya Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ada sediakan macam-macam jenis bantuan, ada 11 semuanya. Tapi kali ini MURAI nak cerita pasal Bantuan Kanak-Kanak (BKK). Bantuan ini memang khas untuk keluarga atau penjaga yang ada anak bawah 18 tahun, supaya beban kewangan itu sedikit ringan dan anak-anak boleh terus membesar dengan baik.

Berapa Kalian Boleh Dapat?

Haa, ini part yang paling ditunggu-tunggu. Untuk tahun 2025, kadar BKK dinaikkan tau! Sekarang, kalian boleh dapat:

  • RM250 untuk anak berumur 6 tahun ke bawah
  • RM200 untuk anak 7 – 18 tahun
  • Maksimum RM1,000 sebulan untuk satu keluarga

Kiranya kalau ada lebih dari 4 orang anak, masih tetap limit RM1,000 je sebulan. Tapi naik jugaklah berbanding tahun lepas.

Siapa Sebenarnya Layak?

Tak semua orang boleh dapat ya. Antara syaratnya, mesti warganegara Malaysia, tinggal di Malaysia, ada anak bawah 18 tahun, dan pendapatan keluarga tak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK). Kalau anak dah bekerja full-time atau dah dapat bantuan lain dari JKM, memang tak layak.

Cara Nak Mohon Senang Je!

Ada dua cara:

  • Pergi Pejabat JKM – isi borang JKM18 dan bawak dokumen sokongan macam IC, sijil lahir anak, penyata gaji, bil utiliti, serta akaun bank.
  • Mohon Online – buka portal eBantuan JKM dekat ebantuanjkm.jkm.gov.my, isi maklumat yang diminta, lepas tu print borang JKM18 dan serah balik ke pejabat JKM untuk pengesahan.
Topik Berkaitan Bantuan Kanak-Kanak JKM Hingga RM1,000 Sebulan, Ini Cara Mohon & Syarat Kelayakan

Berapa Lama Nak Tunggu?

Biasanya ambil masa lebih kurang 30 hari untuk diproses. Dalam masa tu, pemohon kena hadir ke pejabat JKM dalam 14 hari untuk sahkan dokumen asal. Kalau ditolak? Jangan risau, boleh buat rayuan dengan dokumen tambahan.

Jadi kalau kalian ada anak kecil dan rasa layak, jangan tunggu lama. MURAI memang suggest kalian cuba mohon, sebab bantuan ni memang boleh bantu ringankan belanja bulanan keluarga.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
bantuanJabatan Kebajikan MasyarakatJKM
Share4Tweet3SendShare

KINI TRENDING

FAKTA

11 Tahun Berlalu, Miksudiar Masih Trauma: Kes Jaslinda Kembali Ingatkan Tragedi Pos Toho

by Phic ARMAN
June 9, 2026

Kes kehilangan wanita, Jaslinda Saludin yang ditemui selepas 14 hari sesat di kawasan hutan berhampiran Pos Musoh baru-baru ini kembali...

Read moreDetails
Berita

Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

by Phic ARMAN
June 9, 2026

Dunia seni tanah air sekali lagi menerima berita duka apabila Rozaiman Aziz, anak sulung kepada seniman legenda Allahyarham Datuk Aziz...

Read moreDetails
Update

[VIDEO] Atap Runtuh, Murid Sekolah Cemas Saat Gempa Bumi 6.2 Magnitud Gegar Mindanao

by Phic ARMAN
June 8, 2026

Sebuah video yang memaparkan detik-detik cemas murid sekolah ketika gempa bumi bermagnitud 6.2 menggegarkan luar pantai Mindanao, Filipina, tular di...

Read moreDetails
Berita

Saluran TV6 RTM Tamat Siaran Mulai 1 Julai, Peminat Luah Kecewa,- “Janganlah Tutup…”

by Phic ARMAN
June 30, 2026

Saluran TV6 RTM yang menjadi rumah kepada pelbagai rancangan klasik dan nostalgia buat rakyat Malaysia akan menamatkan siarannya bermula 1...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lepas Cipta Sejarah Di Moto3, Hakim Danish Terima Lamaran Genting SkyWorlds

  2. 2

    ‘Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Infinity Castle’ Kini Tayang Di Netflix

  3. 3

    Berwajah Cantik & Gemar Sukan Berkuda, Anak Saudara Raja Abdullah II Curi Tumpuan

  4. 4

    Tak Perlu Lagi Keluarkan Kad! Merchantrade Money Kini Boleh Tap Guna Telefon

  5. 5

    Skrin Gergasi Sampai 300 Inci, Hisense Tarik Perhatian Peminat Hiburan Rumah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara