Penyanyi tersohor dan Biduanita negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!
Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.
“Nak Beli Kat Afwa Jelah Murah 2 Singgit, Hahahaha”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @syaellowwsss yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 58 ribu, tanda suka sebanyak 1,356 dan sebanyak 25 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Tokti yang menyanyi sambil memanggil Afwa untuk memasuki livenya itu.
@syaellowwsss POV:BILA AFWA KACAU IBU LIVE #fyp #fypage #fyppppppppppppppppppppppp #foryou #foryoupage #funny #bismillahfyp #CapCut #sitizoner #edit #trending #biduanitasitinurhaliza #viral #4upageシ #ctdkfans #ctdk #datositinurhaliza #sitinurhaliza #afwa #cutebaby
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa Afwa kelihatan cepat membesar serta Tokti kelihatan semakin muda dan mereka berdua kelihatan seperti adik beradik. Tambah mereka lagi, Tokti kelihatan semakin cantik selepas berjaya menurun berat badannya itu.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.