Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

“Muak Dengar Penyanyi Kata Sound Teruk, Siti Nyanyi Ok Je”- Atilia Harun

by Nurul A.
August 21, 2025
Foto - @atiliaharon (IG) / @ctdk (IG)

Foto - @atiliaharon (IG) / @ctdk (IG)

Share on Facebook

Tak ada ribut, tak ada angin, penyanyi dan komposer Atilia Haron secara tiba-tiba berkongsi satu hantaran pesanan yang ‘berharga’di platform Threads. Menerusi hantarannya itu, Atilia mendedahkan dia menerima satu pesanan berharga daripada penerbit muzik terkenal, Roslan Aziz mengenai kualiti suara dan keyakinan seorang penyanyi.

Atilia atau nama penuhnya Raja Putri Atilia Raja Harun, mendedahkan Roslan pernah memberikan nasihat kepadanya tentang seorang penyanyi yang dapat menyanyi dengan baik, suara mereka akan tetap sedap didengari walaupun tanpa bantuan dan sokongan sistem bunyi yang canggih.

View this post on Instagram

A post shared by Azmier Hisyamuqris (@azmierhisyamuqris)

“Roslan Aziz pernah berkata kepada saya; kalau kau nyanyi bagus, dalam longkang pun suara kau sedap. Jadi tolong jangan terlalu bergantung pada bunyi luaran… wedges ke, in ear ke, house ke. Awak bergantung pada diri awak.”

Foto – @atiliaharon (Threads)

Pada masa yang sama, Atilia dalam hantaran yang tersebut turut meluahkan rasa muaknya apabila mendengar segelintir penyanyi yang cuba menyalahkan juruaudio kerana penyampaian nyanyian mereka yang kurang enak.

“Saya muak mendengar penyanyi berkata eee sound teruk lah. Siti (merujuk kepada Biduanita Negara) nyanyi ok je. Kesian sound guy selalu kena. Padahal korang yang tapape.”

View this post on Instagram

A post shared by Raja Putri Atilia Raja Haron (@atiliaharon)

Menjengah ke ruangan komen, ramai pengguna Threads bersetuju dengan kenyataan Atilia. Bukan itu sahaja, ada juga yang memuji kehebatan dan suara lunak Datuk Seri Siti Nurhaliza walaupun tidak menggunakan sistem yang canggih.

“I tak ingat tapi I tengok show you once yang ada sekali dengan Demi Lovato dekat KLCC tu. You sounded so sedap and dreamy. And yes, Siti Nurhaliza tu kita bagi dia nyanyi guna mic yang toys budak-budak tu pun agaknya boleh menang award”, tulis @atiqsyimir.

“Saya pernah mix live few times for you maam and yes, you are so betul! We sound guy bantu besarkan apa yg dikeluarkan from the artist. When she/he is good, the results will be good”, tulis @encik_jajiq.

Apa pendapat kamu?

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
atilia harondatuk seri siti nurhalizasiti nurhaliza
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

“Kalaulah Saya Tahu Itu Pertemuan Terakhir Kita”- Syed Saddiq Kenang Tun Siti Hasmah

by Phic ARMAN
September 28, 2026

Ada pertemuan yang kita sangka biasa-biasa sahaja, tetapi rupanya menjadi kenangan terakhir yang akan dibawa sepanjang hayat. Begitulah yang dirasakan...

Read moreDetails
Berita

Bukan Rokok Sahaja, Ini Antara Barangan Yang Cuba Diseludup Masuk Malaysia Bernilai RM2.05 Bilion

by Phic ARMAN
September 30, 2026

Penyeludupan bukan sekadar cerita tentang rokok atau minuman keras yang cuba dibawa masuk secara senyap-senyap. Di sebalik kegiatan ini, ada...

Read moreDetails
Berita

REVIEW HONOR X9e Pro: Bukan Sekadar Tahan Lasak, AI Pun Makin Bijak

by Phic ARMAN
September 25, 2026

Telefon dengan AI sekarang bukan benda pelik. Hampir setiap kali ada pelancaran telefon baharu, perkataan AI mesti muncul entah berapa...

Read moreDetails
Berita

Gardenia Semarakkan Merdeka 2026, 5,000 Cenderahati Buat Pengunjung

by Phic ARMAN
September 1, 2026

Bila sebut sambutan Hari Kebangsaan, bukan hanya perarakan dan kibaran Jalur Gemilang yang mencuri perhatian. Tahun ini, Gardenia Bakeries (KL)...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Guna Barang Dapur Sahaja, Ini Caranya Untuk Putihkan Ketiak

  2. 2

    Petua Orang Dulu, 3 Bahan Ini Boleh Lebatkan Kembali Rambut Yang Gugur

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara