Saturday, June 21, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Bisnes

Lebih 16 Juta Penumpang Naik AirAsia Di Awal Tahun 2025, Tony Fernandes- “Ini Masanya Tekan Minyak Habis-Habisan”

Tony Optimis, Penumpang Meningkat – Capital A Dalam Misi Kebangkitan!

by Phic ARMAN
May 30, 2025
Share on Facebook

Capital A mulakan tahun 2025 dengan langkah kanan! Dalam suku pertama tahun ini, jumlah penumpang meningkat lebih 1 juta orang berbanding tahun lepas, naik 5% kepada 16.2 juta penumpang. Ini petanda jelas yang permintaan terhadap perjalanan udara semakin rancak, walaupun kadar muatan turun sedikit disebabkan peningkatan kapasiti penerbangan.

CEO Capital A, Tony Fernandes, sangat yakin dengan hala tuju syarikat dan berkongsi bahawa Capital A kini sedang mara dengan penuh semangat:

“Kita bukan sekadar bertahan, kita sedang mara ke hadapan. Sekarang masa untuk tekan minyak habis-habisan.”

Tony juga jelaskan yang mereka telah tetapkan sasaran dalaman yang tinggi tapi realistik untuk 2025 — dan setakat ini, semuanya berjalan seperti yang dirancang. Sektor penerbangan semakin kukuh, dan cabang-cabang lain dalam Capital A seperti Teleport dan Santan menunjukkan prestasi memberangsangkan menjelang suku kedua.

Untuk BigPay, fokus mereka kekal untuk mencapai keuntungan. Mereka sasarkan pulang modal menjelang hujung tahun, sambil memanfaatkan rangkaian dan kerjasama dalam ekosistem AirAsia.

Menariknya, Capital A juga kini sedang aktif meneroka peluang untuk disenaraikan di Bursa Saham Hong Kong, sebagai langkah seterusnya dalam fasa pertumbuhan mereka yang lebih agresif dan berskala global.

Kesimpulannya, Capital A bukan saja bangkit semula — tapi kini bersedia untuk ‘terbang’ lebih tinggi dari sebelum ini.

What’s your Reaction?
+1
2
+1
1
+1
1
+1
1
+1
0
+1
1

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

airasiaTony Fernandes
https://lomp.at/mrr59
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  2. 2

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  3. 3

    “Terpaling Nak Kahwin”-Irma Hasmie Cetus Spekulasi Bersanding Semula Lepas Setahun Bergelar Ibu Tunggal

  4. 4

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  5. 5

    [VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem