Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya Islamik

[VIDEO] “Kalau Dia Islam, Jatuh Kafir…” – UAI Tegur Suntingan Video AI Menganjing Islam, ‘Enjoy’ Di Neraka

by Arsiqin Yusof
June 4, 2025
353
KONGSIAN
Share on Facebook

Satu suntingan video menggunakan teknologi AI yang memaparkan watak-watak rekaan seolah-olah sedang ‘berada di Neraka’ sambil ‘bergurau’ mengenai azab akhirat telah mencetuskan kemarahan ramai netizen beragama Islam.

Video tersebut, yang kini tular di TikTok, memperlihatkan beberapa watak dalam suasana azab api neraka sambil mengeluarkan kenyataan seperti,

“Kalian yang masih melakukan dosa, nanti jumpa saya (di Neraka).”

@davidassa

jangan percaya AI gaes #googleveo3 #veo3 #ai

♬ original sound – akuinginbegitu – akuinginbegitu

Teguran Keras Ulama

Perbuatan bergurau tentang konsep neraka dan balasan akhirat dalam Islam dianggap sangat serius, lebih-lebih lagi apabila ia disebarkan secara terbuka kepada khalayak ramai. Reaksi terhadap video ini semakin memuncak apabila penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) turut memberi teguran keras terhadap kandungan tersebut.

Dalam satu klip yang dimuat naik ke TikTok oleh pengguna @happicuu, UAI menjelaskan bahawa sesiapa yang beragama Islam dan mempermainkan azab akhirat dengan niat menghina, boleh terkeluar daripada agama Islam.

@happicuu

Nauzubillahminzalik #sollualannabi #fyp #ustazazharidrus

♬ suara asli – Pemudaahijrah.id – Pemudaahijrah.id

“Kalau dia orang Islam, jadi kafir Laknatullah kerana meringankan janji dan azab Allah hukumnya Murtad” – Ustaz Azhar Idrus

“Haram ditanam kubur Islam jika mati, kalau ditanam wajib digali dan dibuang dalam hutan” tambahnya lagi.

UAI turut mengingatkan orang ramai agar tidak menjadikan isu-isu akidah dan balasan akhirat sebagai bahan lawak atau hiburan. Beliau menekankan bahawa azab neraka bukanlah sesuatu yang boleh dianggap ringan, lebih-lebih lagi apabila ia dipermainkan secara terbuka di media sosial.

“Menganjing boleh, tapi pada benda yang patut. Dengan agama tak boleh”

Reaksi Netizen

Rata-rata netizen menyokong kenyataan tegas UAI dan menyuarakan kebimbangan terhadap pen normalisasian jenaka tentang agama di media sosial:

“Takut tengok anak muda sekarang, buat content ikut suka. Neraka pun dijadikan punchline.”

“Teknologi AI ni kalau digunakan tanpa batas agama, akan jadi senjata makan tuan.”

“Terima kasih UAI sebab tegur benda ni. Ramai yang dah melampau sangat dalam gurauan.”

“Berani betul diorang buat macam tu”

Walaupun teknologi seperti AI membolehkan kreativiti tanpa batas, ia tetap perlu dibimbing dengan nilai dan akhlak Islam, terutama apabila melibatkan perkara ghaib seperti neraka dan syurga. Umat Islam diingatkan untuk berhati-hati dalam berkarya dan bersosial, agar tidak terjebak dalam perbuatan yang boleh merosakkan akidah sendiri. Ingatlah, bukan semua perkara boleh dijadikan hiburan. Ada perkara yang tempatnya adalah untuk ditakuti dan direnungi, bukan dijadikan bahan gelak ketawa.

“Kami biarkan mereka bersenang-senang sebentar, kemudian Kami paksa mereka (masuk) ke dalam azab yang keras.” [Qs. Luqman 31: Ayat 24]

Lelaki ‘Kena Tinggal’ Dengan Teman Wanita AI, Netizen Tak Boleh Brain
agamaAIIslamnerakaUAI
https://lomp.at/pze46
Share141Tweet88SendShare

KINI TRENDING

Foto - Forum Rakyat
Islamik

Jarang Berlaku Ketika Ramadan, Ini Panduan Solat Sunat Gerhana Bulan

by Nurul A.
March 3, 2026

Jarang-jarang sekali berlaku! Istimewanya tahun ini, terutamanya dalam bulan Ramadan, kita bakal menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh yang turut dikenali...

Read moreDetails
Islamik

Mana Lebih Afdal, Bayar Zakat Fitrah Di Negeri Asal Atau Bermastautin?

by Nurul A.
March 5, 2026

Tak dinafikan setiap kali tibanya bulan Ramadan, soalan mengenai zakat fitrah mesti menjadi perbualan hangat ramai umat Islam; terutamanya individu...

Read moreDetails
Islamik

Kejar Lailatul Qadar, Ini Kompilasi Doa Mustajab Untuk 10 Malam Terakhir Ramadan

by Nurul A.
March 11, 2026

Malam Lailatul Qadar merupakan salah satu malam yang paling istimewa dalam bulan Ramadan. Dalam ajaran Islam, malam ini disebut sebagai...

Read moreDetails
Islamik

Kecoh Kata Kena Denda RM10K Bergambar Depan Kaabah, Betul Ke?

by Phic ARMAN
April 27, 2026

Sejak kebelakangan ini, kecoh di media sosial apabila tular dakwaan kononnya jemaah yang bergambar atau merakam video di hadapan Kaabah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Aliff Aziz Cover Lagu Indonesia, Lain Pula Reaksi Netizen?-“Kau Ni Rugi..”

  2. 2

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  3. 3

    Customer Pulangkan Kotor, Peniaga Pilih Halalkan,  Isu Dessert Table Cetus Perdebatan Etika Servis

  4. 4

    Ramai Tak Sangka Ustaz Viral Seleweng Dana RM12.3 Juta- “ Dulu Tengok TikTok Dia Rasa Tenang…”

  5. 5

    “Jahidah Masih Terlantar, Sekarang Terajang Bini Baru?”- Ramai Bertambah Risau Kes Rosmaini Berulang Lagi

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara